Car Polish

|
Jam 3.00 petang, aku meneruskan niat untuk membawa kereta kesayangan aku ke Car Wash, Polish and Wax di Giant Bandar Kinrara.
Selepas sampai ke tempat tersebut, aku terus menanyakan kepada pekerja di situ mengenai polish kereta dan chemical yang digunakan termasuk harga yang dikenakan kepada kereta aku.
"U bawa kereta jenis apa?"
"I bawa kereta Proton Persona."
"Okay. Kasi i tengok itu kereta."
Selepas pekerja tersebut belek kereta aku..
"Okay. I kasi polish 2 layers sama kereta u. Kasi tunggu 3 jam. Boleh?"
"3 jam??"
"Lamanya"
"Yalaa.. kasi bikin betul-betul maaa.. kasi u puas hati maaa.."
"Hmm.. Okay. Boleh!"
"Berapa u charge?"
"RM180 kasi polish 2 layers. Kalu u mau kasi kilat u punya interior, tambah RM20 sahaja maa.. Boleh?"
"So total RM200 sahaja maa.."
"RM200??"
Terkejut aku ketika dapat tahu harga untuk polish kereta aku.
Tanpa fikir panjang dan demi kereta kesayangan aku ini, aku bersetuju dengan harga RM200 tersebut.
"Okay. Boleh. Berapa lama u boleh siapkan kereta i?"
"3 jam!"
So..
Selama 3 jam lebih aku menunggu untuk kereta aku..
Di bawah ini, gambar-gambar yang sempat aku snap untuk tatapan semua.. hehe :)



Polish elok-elok..

Polish kasi kilat.. Tak kilat, siap! RM200 tu aku melabur.. hehe :)

Mat bangla ini dengan tekun polish kereta aku..

Gosok jangan tak gosok..

Kilat tak?

Kesan calar dah hilang. Hoorayy!! :)

Selepas 3 jam, inilah hasilnya. Aku bagi 4/5 star untuk servis yang diorang bagi. :)







Bercalar..

|


Selepas mandi pada waktu pagi tadi..
Aku dikejutkan berita yang sangat mengejutkan.
Dalam kesejukan pagi selepas mandi, aku diberitahu oleh ayah aku yang belakang kereta aku bercalar.
Dengan serta merta, kesejukan aku hilang..
Bergegas aku keluar ke laman depan rumah aku bersama ayah untuk melihat kereta aku yang diletak di depan pintu pagar.
Bila aku lihat..
Hati aku benar-benar hendak meletup.
Damn it!!
Siapa yang punya angkara ini?
Siapa yang dengki dengan aku ini?
Sial lah hidup orang yang langgar belakang kereta aku sampai bercalar dan ada kesan kemik sedikit.
Belakang boot kereta aku bercalar.
Ada kesan hitam dan kesan kemik.
Nak menangis pun ada..
Kereta kesayangan aku yang telah aku miliki selama 6 bulan telah diragut oleh syaitan yang bertopengkan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Geram!
Kalau aku tahu siapa yang buat ini, aku akan bunuh dia!!!
Huh..
>.<



Dah Sembuh.. :)

|

Alhamdulillah. Aku dah sembuh dari demam selesema.
Bye-bye tisu. Bye-bye ubat. hehe :)



"AAA.. Choooo!!!"

|

"AAA.. Choooo!!!"
"AAA.. Choooo!!!"

Hadoi.. tiba-tiba sahaja selepas mandi, aku dilanda selesema.
Non-stop hidung aku berair. Dah macam air paip keluar mengalir. Ggrrr!! I hate it!
Tepi laptop aku atas meja penuh dengan tisu-tisu bekas hingusan.
Haiyaaaa.. Aku benci selesema!
Malam ini jam 10.00 malam aku nak masuk tidur.
Makan ubat terus tidur.
Harap keesokan hari, selesema aku sembuh sepenuhnya.
Amin.
Selamat malam!



Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1 Muharram 1432

|

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1 Muharram 1432.
Semoga dengan tahun baru ini, kehidupan kita bertambah baik dari tahun sebelumnya, membawa kebahagian dan kesejahteraan, melaba keuntungan dan rahmat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Semoga amalan kita diberkati oleh Allah.


Doa Awal Tahun Baru :
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



MAHA 2010 : Penat + Seronok

|
MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2010
Serdang, Selangor Darul Ehsan
26 November - 5 December 2010

Hari ini pada jam 2.30 petang, aku bersama dengan makcik dan pakcik aku telah pergi ke MAHA 2010 yang bertempat di Serdang, Selangor. Makcik dan pakcik aku plan nak beli pokok bunga, makanan dan macam-macam lagi. Aku pulak nak beli makanan banyak-banyak.. hehehe. Dalam kepala otak aku nak beli coklat, kopi, air buah like jambu, susu dan macam-macam lagi. Kalau boleh nak borong semua makanan kat situ.. hahahaha :D


Lebih kurang 15-20 minit dari rumah nenek, kita pun sampai tempat yang dituju. Tapi paling tak best sekali, dah sampai sana nak masuk tempat park kereta, jalan sesak! jem jem jem! Hadoiii.. Panjangnya kereta yang beratur nak masuk parking sampai 10km. Pergghhh.. Siapa yang bawa kereta manual, memang sakitlah. Rasa nak tercabut lutut kaki asyik nak tekan padel clutch dengan break sahaja. Nasib baik kereta aku jenis auto. Relax sahaja. Siap boleh senyum lagi walaupun hati rasa bengang sebab duduk dalam kereta untuk menempuh jem makan masa selama setengah jam.. huhuhu.


Kira-kira nak dekat 30 minit, barulah nak masuk pintu utama MAHA 2010. Hadoii.. 

Selepas dapat park kereta, aku, makcik dan pakcik aku memulakan langkah untuk ber'shopping'.. hehehe
Aku menghabiskan masa lebih kurang 3 jam untuk round semua tempat kat situ. Macam-macam produk yang mereka pamer dan jual. Antaranya dari produk pertanian like sayuran, pokok-pokok buah, alatan jentera, mesin-mesin untuk buat biskut, pakaian sehinggalah ke produk makanan. Semuanya ditawarkan dengan harga yang murah. So, tempat yang menjadi favourite aku iaitu section makanan. Perghh, memang banyak produk makanan yang dijual. Pelbagai jenis makanan yang ada. Ada yang jenis pelik-pelik pun ada. Yang tak pernah makan dan tak pernah tengok pun ada. Yang paling best kat situ, peniaga ada menyediakan sampel makanan untuk dirasa. So, aku memang tak lepaskan peluang untuk mencuba semua makanan yang diorang promote. Asal diorang tayang makanan kat depan aku, sepantas kilat aku sambar! Fuhh.. kenyang beb! Hahaha. Aku beli makanan yang aku dah plan sebelum pergi tadi. Tangan aku penuh dengan bungkusan makanan SAHAJA! Hehehe :)
Tapi makanan yang aku beli yang paling best aku rasa ialah Laksa Utara Segera Cup dan Susu Kambing :)

 Laksa Utara Segera , rindulah pada laksa Perlis :(

Susu Kambing, bekkk bekkk :)

Anyway, walaupun penat berjalan, tapi aku dengan makcik dan pakcik aku tetap happy sebab kita dapat shopping barang-barang yang diingini.. BEST woo!! :)


This is My First Blog Entry :)

|


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya aku berblog juga.
Dengan lafaz,

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku merasmikan blog http://azrieroslan.blogspot.com , hehehe :)

Ini adalah blog personal aku yang pertama dan original.
Dengan adanya blog ini, dapatlah aku berkongsi sedikit sebanyak tentang suka, duka, pahit, manis, masin, masam dan sewaktu dengannya, dalam kehidupan aku di bumi Allah ini bersama sahabat handai dan kawan-kawan yang mengenali diriku.
Insya Allah, aku akan berblog dengan sebaik mungkin.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih banyak kerana menjadi follower dalam blog aku.
Love you all! Mmmmuahhhh! :)