Demam Demam Demam

|


Sekarang ramai sangat orang demam.
Demam sana..
Demam sini..
Kat family aku pun kena tempiasnya.
Dua orang anak buah aku pun terkena.
Nasib baik demam biasa-biasa aje..
Alhamdulillah, so far mereka dah beransur baik..
Tapi yang paling aku risau sekarang nih demam buah hati aku tak sembuh-sembuh..
Dah dekat seminggu dia demam.
Risau aku dibuatnya.
Kesian dengar dia batuk-batuk, suara dia tersekat-sekat.
Dia beritahu badan dia lemah dan sakit-sakit.
Kelmarin, doktor mengesyaki dia kena demam denggi.
Syukur dia tak berapa serious sangat.
If serious, dia dah dihantar ke hospital.
Aku pun pernah kena demam denggi dulu..
So aku nasihatkan dia supaya dia banyakkan minum air 100plus..
Dulu aku minum 1.5 liter air 100plus setiap jam..
Tolak waktu tidur, lebih kurang 10 botol aku berjaya habiskan..
Seminggu jugalah aku berdating dengan doktor dan 100plus.
Aku dapat merasakan kesakitan yang dia lalui.
Aku berdoa semoga dia cepat sembuh supaya dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

"Sayang kena kuat, jangan give up! Selalu makan ubat. Banyak minum air taw!"
"Kalau lah Rie ada disisi sayang, Rie akan jaga sayang.. Tapi..."

 :(

Berita Harian Online | TNB nasihat orang ramai waspada emel dan laman web palsu

|
Berita Harian Online TNB nasihat orang ramai waspada emel dan laman web palsu


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya oleh emel dan laman web palsu mengenai pengambilan pekerja, yang dikatakan dicipta penjenayah siber untuk tujuan mencuri maklumat peribadi dan sulit mereka.

Dalam kenyataan di sini hari ini, TNB menasihati orang ramai supaya mengabaikan dua emel berkenaan iaitu recruit@tnb-my.com dan hrd@tnb-my.com yang menawarkan peluang pekerjaan dalam TNB.
"Orang ramai juga dinasihati supaya tidak mengklik laman pemancing data http://www.tenaganasionalenergy-my.com/ yang mirip laman web sebenar TNB http://www.tnb.com.my," kata kenyataan itu. - BERNAMA



Ya Rasulullah

|

Sebak bila mendengar lagu ini.
Hingga menitis air mata aku..


:'(




Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H Tahun 2011 :)

|

Sempena Maulidur Rasul 1432H, marilah kita sama-sama memperingati insan yang paling kita sayangi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Baginda juga merupakan kekasih Allah S.W.T. Oleh itu, mari kita sama-sama flashback memori kita tentang kelahiran manusia teristimewa disisi Allah S.W.T.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan lagi.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki." Kelahiran ini adalah pada hari isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

Banyak perkara yang pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan, salah satu daripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, "Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang ini muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.
Apabila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib, beliau terlalu gembira. Apabila dia mendengar cerita-cerita tadi, dia bertambah gembira. Pada masa itu, Abdul Muttalib sudah menyebut anak ini akan mempunyai masa depan yang besar. Oleh kerana terlalu gembira, Abdul Muttalib terus membawa Muhammad ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Tuhan.

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka, akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu, apabila pulang, keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum itu, orang-orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah terpadam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Farsi itu tertimbus.
Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.

Allah berkata dalam surah al-Jin ayat 9 yang bermaksud, "Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah." Ada antara pendeta ini yang menyebutkan para kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi.

Kisra bertanya maksud 14 anjung istana kisra yang runtuh. Mereka berkata, "Kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang kisra lagi selepas itu kerajaan Fasri akan jatuh." Kisra berkata, "14 orang kisra lagi memaparkan tempoh yang panjang, masih lama lagi, tidak perlu dirisaukan."

Selepas kematian kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa. Dalam masa empat tahun sahaja, 10 orang memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar pada masa itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad.

Artikel dipetik daripada buku Biografi Muhammad Bin Abdullah tulisan Zulkifli Mohd. Yusoff dan Nor Naemah Abd. Rahman

Try Sleeping With Broken Heart

|


Awal pagi buta di hari Jumaat 11.2.2011 sehinggalah sekarang ketika aku menulis blog ini adalah merupakan hari yang paling menyedihkan dan menyakitkan jiwa aku pada tahun 2011. Pertama, sedih kerana nenek kesayangan aku sakit. Nenek telah dimasukkan ke Hospital Kajang. Kesian melihat nenek menderita. Nenek dah lama sakit. Tapi for this time, kesihatan nenek sangat merosot. So, family aku decide menghantar nenek untuk menjalani rawatan di hospital. Mujurlah nenek bersetuju untuk dihantar. Pagi-pagi buta, ambulance datang ambil nenek dan hantar ke hospital. Kesian nenek. Huu..
Kedua, aku pula yang sakit. Sakit apa? Aku telah sakit jiwa. Sakit hati. Perasaan aku hancur pada detik 3 pagi. Ego aku luluh. Air mata jangan cakap lah kan! Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku telah meletakkan sepenuh kepercayaan aku terhadap dia. Tapi dia telah menghancurkannya. Serious. Aku betul-betul sakit. Kenapa dia buat begitu? Gahh. Aku tak akan tulis or paste apa yang dia lakukan. Aku lemah. Penat. Sakit jika aku paste semula. Aku tak mahu melihat atau mengingati semula. Broken Heart! Malam ini aku akan cuba tidur walaupun jiwaku sakit. Kalau susah sangat, aku telan lah 2-3 biji pil tidur. Senang :(



p/s: Semoga nenek aku cepat sembuh dan ceria kembali seperti biasa. Amin.


Neville Retires

|


Gary Neville, 36 years old, has retired from football after almost 20 years playing at Manchester United. Gary signed for United in July 1991 and was part of the famous Class of ’92 that won the FA Youth Cup in 1992. He then became a first-team regular alongside his teammates from that side, Ryan Giggs, Paul Scholes, Nicky Butt, his brother Philip Neville and David Beckham.

In his glittering career at Old Trafford, Gary played 602 games and scored seven goals. He has won the UEFA Champions League, eight Premier League trophies, three FA Cups, two League Cups, the Intercontinental Cup and FIFA Club World Cup. He became club captain in 2005. Gary won 85 caps for England between 1995 and 2007, playing in two World Cups (1998 and 2006) and three European Championships (1996, 2000 and 2004).


"I have been a Manchester United fan all my life and fulfilled every dream I've ever had. Obviously I am disappointed that my playing days are at an end, however it comes to us all, and it's knowing when that time is and for me that time is now. I have played in the most incredible football teams, playing with some of the best players in the world as well as against them and I have been lucky to have been part of the team's achievements and the club's great success."

"There are so many people I want to thank and, of course, top of that list is Sir Alex. He has given me so many opportunities and countless support over the last 20 years - he is truly one of the greatest managers - and I have to thank him for that."

"There have also been so many great players that I have had the privilege to train and play alongside. The experiences we've shared will be with me for the rest of my life. Also, I'd like to thank all the coaches I have played under from youth level right through to now, who have guided me through my playing days. And finally, the fans, who have always shown me unbelievable support. They know how special they are to me and this club."

"I am looking forward to new experiences and the club will always be a part of my life going forward. However, the most important thing now is for the club to continue with the success that is synonymous with Manchester United and I will be supporting them all the way, as a fan."




Gary Neville of Manchester United tackles Graham Dorrans of West Bromich Albion during the Barclays Premier League match between West Bromich Albion and Manchester United at The Hawthorns on January 1, 2011 in West Bromwich, England. The game was the last Gary Neville ever played for Manchester United.

Former Red David Beckham has paid tribute to his old team-mate and best friend Gary Neville, hailing him as "one of the best defenders ever to have played the game". Beckham and Neville formed a successful partnership down United's right wing for almost a decade at Old Trafford and the ex-Red says the defender will go down as one of the game's greatest.

"Not only is Gary a great person, he is one of the best defenders ever to have played the game. It was an honour to play with him at United and for England. He deserves all the praise and recognition." said Beckham on his Facebook page.




David Beckham and Gary Neville


Manchester United won the UEFA Champions League Final 1999

5 May 2001: Gary Neville of Manchester United lifts the trophy and celebrates being crowned FA Carling Premier League Champions after the match against Derby played at Old Trafford in Manchester, England.





Gong Xi Fa Cai

|

I would like to wish all of you who are celebrating the Chinese New Year a prosperous Year of the Rabbit!

Mercun Cina

|

Lebih kurang sehari lagi, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina 2011. So bermulalah perang mercun di kawasan kejiranan di tempat tinggal aku. Bising! Bingit! Itu yang selalu menusuk telinga aku sejak dua tiga hari ni. Tapi apa boleh buat. Perayaan mereka. Mereka nak celebrate. Apa salahnya kan? Kita kan 1MALAYSIA :)



p/s: Masa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, 1st day puasa dah ada orang yang main mercun... lagi hebat kan!