Ego

|


Ingatlah..
Jangan kita terlalu ego dan pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan orang yang paling berharga dalam hidup kita.
Jangan sampai kita kehilangannya sehingga kita menyesal tak berkesudahan.
Hargailah orang yang sayang pada kita, pasti kita akan bahagia kelak.
:)






Alhamdulillah.

|

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur.
Segalanya telah berlalu.
Rasa beban di hati ini telah terlerai.
Lega.
Mudah-mudahan segala perjalanan dalam kehidupan yang diaturNYA lancar.
Ternyata ada hikmah disebaliknya.
Aku berdoa semoga dia menjalani kehidupannya dengan penuh tabah, gembira dan berbahagia di samping insan tersayang yang lebih baik dan memperoleh kejayaan dalam pelajaran.
Amin. :) 

Burung Oh Burung

|
Boyot merupakan seorang ketua kampung di perkampungan yang bernama Kampung Tunggang Langgang. Boyot mempunyai hobi memelihara burung. Banyak spesis burung yang dia dah bela.  Pada satu hari, semua burung kesayangannya telah hilang. Boyot sangat terkejut dan marah. Dia dapat merasakan perbuatan khianat ini adalah angkara penduduk kampung yang jealous dengan burung-burungnya. Oleh hal itu, Boyot sebagai Ketua Kampung Tunggang Langgang pun memanggil semua penduduk kampung dalam mesyuarat tergempar.

Boyot pun memulakan mesyuarat tergemparnya dengan nada yang keras,  "Siapa disini yang ada burung, sila bangun dengan segera!!!"

Lalu seluruh penduduk lelaki yang ada disitu pun bangun dan berdiri dengan ketakutan. 

Boyot hairan. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanyakan soalan, Boyot
menambah, "Laaa.. bukan itu maksud saya".

Lalu Boyot mengajukan soalan yang lain dengan harapan semua penduduk itu faham. "Maksud saya adalah, sesiapa disini yang pernah lihat burung? Sila bangun dengan segera!"

Maka dengan itu, separuh penduduk wanita berdiri dengan senyuman manja sambil menjeling ke arah suami masing-masing. Pada wanita yang belum kahwin tu, menutup muka sambil malu-malu kucing. 

Sekali lagi Boyot kehairanan. Oleh kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya".

Untuk kali yang ketiga dia bertanya, "Maksud saya ialah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?"

Selepas pertanyaan Boyot tersebut, seorang demi seorang penduduk wanita di kampung itu berdiri.

Wajah Boyot  semakin merah, dan juga semakin gugup. Lalu dia segera berkata lagi, "Maafkan saya sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya. Maksud saya yang sebenarnya ialah, siapa yang pernah lihat burung saya? Sila bangun dengan segera!"

Lalu, dengan tersipu-sipu isteri kesayangan Boyot pun berdiri sambil berkata, "Saya bangggg!"



HAHAHAHAHAHAHA~~ :)) :)) :))







Pen Oh Pen!!

|
Bila hilang pen - tak boleh buat kerja sekolah.
Bila tak buat kerja sekolah - tak pandai.

Bila tak pandai - fail SPM.
Bila fail SPM - tak dapat masuk U.

Bila tak dapat masuk U - tak ada ijazah/diploma.
Bila tak ada ijazah/diploma - tak dapat kerja (sekarang kerja susah mau cari ooo!)
Bila tak dapat kerja - tak ada duit.
Bila tak ada duit - rupa kusut masai.

Bila rupa kusut masai - dah tak handsome.
Bila tak handsome - tak ada awek nak dekat dengan kita.

Bila tak ada awek - tak boleh kahwin.
Bila tak boleh kahwin - tak dapat laa anak.
Bila tak ada anak - hidup lonely.
Bila hidup lonely - Mula laa rasa tertekan.

Bila tertekan - Mula fikir nak bunuh diri.
...
...
...


Moral of the story:

#WARNING# - Jangan Hilang Pen !! HAHAHA~~ :))





Ku Ingin Kamu

|
Demi semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin kau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku


Tanpa dirimu...
 Ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Sentuhanmu...
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...
Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...
 


Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Ku ingin selalu menjagamu
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Lagu ini sungguh indah. Liriknya sangat puitis.
Ia membuatkan hati aku tersentuh.
:((





I Love You More Than Anything Sayang!

|




Kadang-kadang kita tidak menghargai cinta... KENAPA???
Sebab kita belum merasai kehilangan dia...


Kadang-kadang kita merasai cinta dia, tapi kita masih tidak percaya.
KENAPA???
Sebab kita selalu fikir negatif tentang dia...

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa hati kita betul-betul menyayangi dia.
KENAPA???
Sebab kita tunjuk ego tak nak mengalah...

 

"Hargailah orang yang sayangkan kita.
Sebab kita akan mencarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi.
Menyesal kelak pun sudah tiada guna."


I U





Syawal 1432M

|


Alhamdulillah.
Syukur.
Terima kasih.

Itu yang mampu aku ucapkan kepada keluarga tercinta, sanak saudara dan sahabat taulan yang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama di kampung.
Sambutan Aidilfitri pada kali ini sangat sederhana berbanding sambutan pada tahun yang lepas.

Ingat lagi pesanan nenek kepada aku dahulu..
"Biarlah kita hidup dengan bersederhana sahaja. Siapa kita, dimana kita berada, kita kena beringat. Kita kena bersederhana. Jangan berlebih-lebihan. Jangan kita takbur dengan apa yang ada. Semua yang kita ada adalah pinjaman sahaja.. Nikmat yang diberi oleh-Nya hanyalah sementara sahaja. Bila-bila sahaja Tuhan akan tarik balik. Kita hidup hendaklah sentiasa bersyukur."
Pesanan nenek yang tersayang sentiasa tersemat di minda aku. InsyaAllah.



Marilah kita merayakan Aidilfitri ini dengan kesyukuran dan kesederhanaan.

:)