Watak-Watak Di Facebook

|

Watak–Watak Pengguna Popular Di Facebook.


1. MODEL

Tukar gambar setiap hari.

2. PENJENAYAH
Tukar nama setiap hari.


3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS

Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kwn² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh - 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN

Dia suka+rajin menyebarkan pesanan, walaupun tak penting pun !


5. PENGGANAS

Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM

Suka update status setiap 5 minit.


7. BINGUNG

Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’

8. PERASAN HEBAT

Selalu melaporkan dimana lokasi semasa dia berada pada setiap masa ! Contoh ( otw ke TS ) kemudian ( di Pavillion shopping jap ) kemudian ( karaoke di Sungai Wang Plaza ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. Dalam 1 jam tulah dia meng'update'kan status kat mana dia berada. So annoying okayy ==”


9. BUDAK HINGUSAN

Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?

10. SHOWOFF

Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.


*** Sape yang makan cili dia terasa pedasnya. HAHAHAHA~~ ;)) ;)) ;))



Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan

|
Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakkan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakkan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. 
Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. 
Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. 
Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. 
Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. 
Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri.

Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.


* Berterus-terang kepada si dia. Jangan berselindung walaupun perkara yang kecil.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.





Text Dari Cinta

|

Text ini diterima pada 19 November 2011, jam 11.43 malam.




Aku berharap text yang aku terima ini adalah kata-kata yang penuh ikhlas dan suci dari hati insan yang mencintai dan menyayangi diriku ini. 
Aku akan simpan kata-kata ini di dalam hati supaya ia tidak hilang dan sentiasa menjadi kekuatan untuk aku lebih mencintainya.

I LOVE YOU ... ! 




Pesan Pada Hati.

|

Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang..
Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan..
Pesan pada hati, jangan di kenang-kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir..


Cinta Memerlukan Keikhlasan.

|

Cinta memerlukan keikhlasan dan keikhlasan berkait rapat dengan hati dan perasaan.
Sebagai mana awak mahu yang terbaik dari saya, begitu jugalah harapan saya mahukan yang terbaik dari awak.
Orang kata, cinta memerlukan pengorbanan, empati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti setiap perkataan, mengikut, patuh, setia dan sanggup melakukan apa sajja demi orang yang dikasihinya.
Jadi, bila awak menyayangi seseorang, bermakna awak perlu ikhlas dalam setiap perbuatan awak.
Jika awak sudah menyayanginya, peganglah rasa cinta itu sekuatnya, kerana cinta itu tidak boleh dijual beli atau diperoleh dengan mudah.
Cintailah dirinya dengan sepenuh ikhlas hati, jujur dan setia. Begitulah juga harapan saya terhadap awak. Saya sayang awak. Saya cintakan awak. J <3  


Aidiladha di Cameron Highland.

|


Tarikh pergi: 6 November 2011

Selepas bangun dari tidur pada jam 11.00 pagi setelah dikejutkan oleh abg Jo (banyak kali jugga dia kejutkan aku dan macha Ayie.. hehehe), aku dan macha Ayie pun mandi dan bersiap. Rupa2nye semua orang dah bersiap dan ready nak bertolak, aku dan macha Ayie jea yang paling last bersiap. Maklumlah, orang bujang katanyeeee! HAHAHAHA ;))

Bertolak dari Raub: 12.30 pm
Tiba di Cameron Highland: 3.00 pm

Sampai sajja di Cameron Highland, terus snap pic! ;))


Peace! Peace! Peace! ;)) 




Bersama dengan bapa saudara. ;))




Macha! :p

Aww. Aww. Mat Bunga laaa. :p 


 Pak Andak ;))


Snap pic di Taman Bunga. 


Sweet tak kami? *mamposss aku~~ HAHAHAHA ;)) 


Mmmmmm.. Sedapnyeeee! ^_^


 Aaaaammmm~ ;))

BBQ time. ^_^


o.0'


^_^

Shopping time at Kea Farm 


Alooo.. macha nak beli sayur ka? :p 


Cendawan goreng kat sini memang TERBAIK laa! ;)) 


Strawberry! Nyummy~~ ;)) 


Strawberry farm. ;))

Kedai Strawberry.

Menikmati aiskrim strawberry bersama keluarga. Sedap ooo! ;)) 


<3 Strawberry. 


Di ladang strawberry. ;))


Jus Strawberry. ^_^ 


Lunch at Tanah Rata. Muka tengah bengang actly. Sebab bila nak order makanan kat situ, kakak bersuara Doraemon kat belakang tu cakap "dah habis la dik". Order Nasi Ayam "dah habis la dik". Order air buah pun "dah abis la dik". Semuanya habis. TENSION! >.<

Heeeee~~ :D

 Di ladang teh Cameron Highland. 

 Cantik pemandangan kat sini. ^_^


Snap pic before pulang ke Raub.



Tarikh pulang: 7 November 2011

Bertolak dari Cameron Highland: 4.30 pm
Tiba di Raub: 6.00 pm




KL - Raub 5 jam

|
Semuanya berlaku tanpa ada buat planning pun. Hahaha.
Ikutkan cerita macam ni.
Selepas AJ sampai dari BP, aku ambil dia terus pergi ke rumah kakaknye di Shah Alam.
Ikut plan, dia akan balik kampung dengan family kakaknye pada pukul 10 mlm.
Then, aku dapat tahu yg mereka akan balik kampung dengan 6 org dlm sebuah kereta.
SURE berhimpit2 dlm perjalanan nanti. Dah laa highway SESAK dengan kenderaan yang akan pulang ke kampung masing2.
So.. Memandangkan hari Sabtu hingga Isnin aku tak pergi mana2 dan bosan stay at rumah, apelagi aku buat keputusan yang aku pun nak join trip dengan AJ dan family kakaknye untuk pulang ke Raub.
Kami bertolak pada jam 11 malam.
Yeah. Seperti yang diduga, highway sesak giler vavi.
Start sesak dari Sri Petaling sehingga Tol Gombak.
Sampai di Tol Gombak pada jam 12.30 pagi.
Then, sambung semula jamm sehingga ke Genting Sempah.
Selepas sampai di R&R Genting Sempah, kami berehat sebentar.
Kaki aku dah mula rasa lenguh2. Huhuhu.
Abang ipar AJ mencadangkan kami mengikut jalan alternatif ke Raub untuk mengelak kesesakan.
Then, kami ikut jalan lama melalui Janda Baik - Bentong.
Jalan kat situ memang scary marry laa. Huhuhu.
Boleh pulak semasa melalui jalan mcm tu aku teringat cerita KARAK.
Seram.
Bulu roma aku tiba-tiba naik time tu.
Tapi aku buat cool sajja sambil layan lagu. Huhuhu.
Then, kami melalui jalan Sertik- Mempaga.
Pergghhh.
Jalan kat situ MEMANG mencabar.
Bagaikan jalan roller coaster.
Turun naik turun naik.
Corner sana corner sini.
Ditambah pula dengan hujan renyai2 dan jalan basah.
Terasa drive sebuah kereta F1 pula semalam.
Bagus jugga sebab ia menguji kecekapan handling kereta aku.
Best sebab tak banyak kereta yang lalu jalan tersebut.
Takut pun ada sebab jalan kat situ sangat gelap dan berkabus.
So ia mencabar penglihatan aku yang sememangnye mengantuk dan penat.
Selepas 5 jam perjalanan yang mencabar dan meletihkan, akhirnye sampai jua di Tersang, Raub dengan selamat.
Syukur Alhamdulillah. :))
Btw, dah sampai Tersang, Raub baru aku sedar.
Ini first time dalam hidup, aku berhari raya tanpa bersama family.
Kalau Hari Raya Aidil Fitri, WAJIB aku bersama family.
Tapi ini just for Hari Raya Aidil Adha sajja tanpa mereka.
Dan ini first time jugga, aku berhari raya bersama family AJ. :))
Heeee.
Okie.
Dah habis cerita.
Penat laa.
Penat drive kereta semalam pun tak hilang lagi taw.
Hahahaha.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. 
;)) 



Kesesakan di highway Gombak - Bentong.



|



Selamat Hari Raya Aidil Adha 2011.
^_^