Yeayy! Happy 1st Anniversary.

|
Semasa aku dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru semalam, aku telah menerima SMS dari insan yang paling aku sayang. Tuhan sajja yang tahu apa perasaan aku ketika itu. Berair mataku sehingga membasahi pipi aku setelah membaca text daripadanya. Dah genap setahun relationship aku dan dia.  
Dalam setahun tu, dah macam-macam ragam, kisah suka dan duka aku dengan dia lalui bersama. Aku bahagia bersama dengannya. Dia insan yang paling istimewa dalam hidup aku. Syukur sangat-sangat pada tuhan. Aku berdoa semoga relationship aku dan dia akan dapat menempuhi segala rintangan pada masa depan, segala susah senang tetap bersama, dan kekal berbahagia sampai bila-bila. Amin.   



♥ 30 July 2011 - 30 July 2012 ♥

29.07.2012 : Malam Birthday

|

Selepas check-out dari hotel, aku start enjin kereta untuk mulakan hari dengan bershopping. Tempat pertama kitorang serang ialah di AEON Tebrau. Actly kitorang datang sini nak tengok movie. Tapi semuanya full house. Ramai orang siot. Maklumlah hari Ahad hari budak-budak sekolah asrama dan kolej 'Outing'. Lagi pun hari Ahad kan hari cuti. Memang ramai lah manusia dekat mall. So dah tak bole layan movie, kitorang pun terus pergi ke Johor Premium Outlets (JPO). Sepatutnya perjalanan hanya mengambil 15-20 minit dari Tebrau. Tapi entah macam mana kitorang sesat tak jumpa jalan nak ke JPO. Ada GPS pun tak guna. Lagi memeningkan adalah! Hahaha.







Pusing punya pusing, akhirnya kami jumpa jugga jalan nak ke arah JPO. Fuhh. Nak dekat sejam kitorang duduk dalam kereta. Naik kematu bontot masing-masing. Hahaha.

Ermmm.. Barang-barang yang dijual kat JPO ini semuanya branded dan terkenal. Harganya memang terbaik laa. Dorang bagi discount 30% hingga 70%. Murah glerrr! Contoh store kat JPO adalah Armani Exchange, Burberry, CK Calvin Klein, Canali, DKNY, Ermenegildo Zegna, Esprit, Padini, G2000 dan banyak lagi laa.. 

Lepas shopping kat JPO, kitorang plan nak berbuka puasa di Johnny's Steamboat Restaurant. Tempatnya dekat dengan AEON Bukit Indah. So dengan perut yang berirama KPop, kitorang terpaksa mengagahkan diri jugga untuk ke sana. Perjalanan dari JPO ke Bukit Indah mengambil masa 30 minit. Huhuhu. 

Sampai kat sana, kitorang terus reserved tempat. Takut kalau tak reserve nanti penuh pulak. Maklumlah bulan puasa ramai yang berbuka kat luar. Lepas reserved tempat, sementara menunggu waktu berbuka, kitorang ambil kesempatan untuk jalan-jalan sambil shopping lagi. Hehehe.


Tudiaaa.. Sebelum berbuka puasa, kitorang snap picture dulu. Hehehe.

Lepas melantak sampai tak ingat dunia, perut masing-masing dah kekenyangan yang teramat sangat.
Perut aku jangan cakap la kan. Memang full giler oke! Memang berbaloi la makan kat Johnny's Steamboat Restaurant ni. Sedap! Huhuhu.

Dalam dok lepak-lepak lepas makan, tetiba AJ sibuk nak ke tandas. Pastu, si Nyonya pulak nak ke tandas. Haihhh.. tinggal la aku dok kat meja makan sambil terlantar kekenyangan yang amat sangat.
Lepas 5 minit dorang pergi, tiba-tiba ada kejutan yang tak aku sangka. AJ dan Nyonya bawa KEK sambil menyanyi 'Happy Birthday' kat aku. Aku terkejut. Rupanya diorang bukan pergi ke tandas tapi nak buat surprised kat aku sempena birthday aku pada hari esoknya. Rupanya si AJ dan Nyonya dah plan awal untuk buat surprise birthday party pada malam birthday aku. So sweet diorang ni. Diorang belikan aku ice cream cake BR yang sangat special seperti yang aku impikan selama ini. Bila aku pandang ice cream cake BR tu, hati aku rasa nak menjerit sebab hajat aku selama ni dah tercapai. Hajat apa? Biarlah rahsia. Tapi aku tak bole nak jerit sebab ramai orang kat situ. Hehehehe.
Terima kasih banyak kat dorang yang buat birthday party untuk aku before aku balik KL. Aku sangat terharu dan berasa happy giler kerana dorang sudi menyambut bersama-sama pada malam birthday aku. 


Sayang giler kat AJ dan Nyonya. Mmmmuaahhhh!



Happy Bornday Azrie 30.7.2012






Bersawang!

|




Eh!!

Kenapa blog ni dah bersawang???



Bersawang sana.. 




Bersawang sini..




Ishhh!!

Apa nak jadi ni???






Sape punya kerja ni sampai blog ni bersawang-sawang???

...

...

...

...

...

...

...


Ouh mamat ni punya kerja. Patut laa blog ni bersawang!










Korang nak tahu sape mamat ni?

...

...

...

...

...

...

...


Ni haa!









Pengorbanan.

|
Pengorbanan demi untuk masa depan yang lebih baik.
Itu yang dapat aku simpulkan.
Walaupun berat untuk membuat keputusan, tetapi demi masa depan, dia terpaksa melangkah untuk menuju peluang yang diberikan selama tiga tahun untuk mencapai cita-cita murni.
Aku sentiasa menyokong.
Aku sentiasa mendoakan yang terbaik.
Selamat menimba ilmu di KSKBJB.
Selamat maju jaya Azri Jalaluddin ♥








Hello JULY

|

Goodbye JUNE!
Welcome JULY!




I ♥ July



July paling special 



Banyak detik special yang berlaku di July