MENGAMBIL TAHU itu tandanya si dia mengambil berat tentang kamu.
Mengambil tahu itu bererti tanda kasih sayangnya terhadap diri kamu.
Dan mengambil tahu itu tanda dia pentingkan kamu.
Cuma, kadang-kadang mata terlepas pandang untuk melihat mana satu ingin tahu dan manakah satu mengambil tahu.
Cuma, kadang-kadang hati terlalu buta untuk menilai mana satu kasih dan mana satu nafsu.
Dan kadang-kadang kita mengabaikan perkara yang remeh sedangkan si dia begitu pentingkan diri kamu.
Oleh itu, hargailah si dia.
Kerana si dia begitu menyayangi kamu. ©©©©