Apa gunanya kalau kita ada handphone tapi..

|

Apa gunanya kalau kita ada handphone tapi bila orang lain call or buah hati call, kita tak jawab.
Kita buat bodoh sahaja bila buah hati call.
Bukan sekali dia call. Banyak kali dia call.
Tapi kita just melihat sahaja or buat-buat tak tahu. Sengaja.
Buah hati kita bagai nak rak bila call tapi kita tak jawab tanpa sebab.
Begitu juga dengan SMS.
Bila kita tak jawab panggilan.. buah hati kita hantar SMS.
Kita baca.
Tapi kita buat bodoh sahaja dengan SMS itu.
Kita tak reply semula SMS yang dihantar oleh buah hati kita.
Samada SMS itu masih dalam inbox atau lepas baca kita terus delete dengan sukahati kita.
Tak rasa kejam ke?

Kelmarin, Khamis 27.1.2011.
Aku cuba memperbaiki keadaan antara aku dan dia.
Aku tahu ada buat salah dengan dia pada siang hari.
Gurauan aku melalui IM text di facebook telah menyentap perasaan dia.
Mulanya, aku fikir gurauan aku tu biasa-biasa sahaja.
Yelah, kita selalu bergurau macam tu.
Malah dia selalu menyebutnya ketika hendak bergurau senda dengan aku.
Tapi, kali ni.. lain sikit.
Aku pun rasa pelik.
Dia terlalu ambil hati pasal itu.
Sehingga terbawa-bawa ke malam.
Bila aku rasa ada yang tak kena.
Aku cuba SMS dengan dia seperti biasa.
Tapi, dia reply seperti luar biasa.
Aku tahu ada yang tak kena..
So aku SMS seperti biasa untuk aku memperbaiki keadaan.
Tapi dia mcm nak tak nak berSMS dengan aku.
Dalam hati aku berkata, dia tengah marah pasal gurauan aku siang tadi.
Sebab orang yang marah ini belakang dia ada syaitan yang tolong 'up' kan api kemarahan orang yang sedang marah.
So biarlah dia cool down dulu.
Nanti bila dia dah cool, sebelum tidur aku call dia.
Bila jam 11.30, aku call banyak kali.. dia tetap tak jawab.
SMS pun sama.
Sebelum tidur, aku ada hantar SMS yang mengatakan aku minta maaf pasal siang tadi.
Aku harap dia maafkan aku.

Bila bangun keesokan pagi, aku dapat SMS daripada dia.
Dia cakap dia mimpi buruk..

Semalam, Jumaat 28.1.2011.
Selepas aku lunch McD kat Bandar Baru Bangi, aku online.
Baca entry terbaru dari blog dia.
Mengenai mimpi dia semalam.
So aku ada reply comment pasal blog dia tu.
Aku ada cakap yang aku sangat menyayangi dia.
Dia adalah satu-satunya cinta yang ada dalam hati aku.
Aku nak dia percaya.
Aku nak dia tak perlu risau dengan mimpi mainan tidur itu.

Then, malam bila aku dah balik rumah.
Aku berSMS la seperti biasa.
Aku cuba untuk memperbaiki keadaan.
Tapi tak berhasil.
Aku gagal.
Dia seperti acuh tak acuh dengan aku.
Dia seperti masih marahkan aku.
Bila dia bersikap seperti itu, aku rasa tak perlu untuk meneruskan lagi.
Sebab aku tak mahu bergaduh or buat dia marah lagi.
So aku cakap kat dia, "Ouh.. Okie.. Ta maw gduh. Sry ggu. Bye. Nyt. Love u.."
Sebak rasa hati aku ketika itu.
Bertambah sebak bila dia sekali lagi mempersoalkan tentang cinta aku terhadap dirinya.
"Rie? Sayang _ _ _?"

Aku sedih sangat sebab dia mempersoalkan kasih sayang aku terhadap dia.
Aku sangat sayang kat dia.
Setiap masa aku memikirkan pasal dia.
Wajah dia selalu dalam fikiran aku.
Suara dia selalu aku dengar.
Tetapi, masih lagi dia mempersoalkan mengenai itu..
Terdetik hati aku mengatakan yang dia tak percaya kat aku.
Itu yang aku rasa.
Aku tak tahu apa lagi yang perlu aku buktikan cinta aku kat dirinya.

Seperti biasa, sebelum tidur..
Aku cuba call dia.
Tapi kecewa.
Dia masih tak jawab.
Aku ada SMS meminta dia jawab panggilan aku.
Tapi kosong.
Masih tak berjawab.
Kenapa dia buat macam ni..
Dah 3 malam aku tak mendengar suara dia..
Dan sudah 3 malam juga aku tak cukup tidur sebab memikirkan pasal dia.

Hari ini, Sabtu, 29.1.2011.
Bila tersedar pada jam 10.11 pagi, aku terus capai handphone aku untuk SMS dia.
"Morning syg"
Selepas sejam, aku masih tak terima SMS dia.
Aku SMS dia sekali lagi,
"Syg, rie nk g upm nih"
Sampai sahaja di UPM, aku masih tak terima SMS dia.
Aku hantar SMS lagi,
"Syg ta bgun agi kew?"

Sehingga sekarang aku menulis entry ni aku tak terima SMS dari dia.
Sedih.
Tuhan sahaja yang tahu..
Sampai buat aku tak lalu nak makan hari ni.
Perut lapar. Tapi aku tak ada selera. Haih..

No comments: