4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda. Ingin Tahu? Sila Baca.

|
Assalamualaikum. Selamat sejahtera dan selamat berpuasa pada anda semua yang rajin berpuasa. Mudah-mudahan puasa kita pada hari ni diberkati oleh Allah S.W.T. 
Entry terbaru kali ni aku nak share dengan anda mengenai 4 tanda yang menunjukkan kekasih, awek, boyfriend, girlfriend anda ini bakal meninggalkan anda.
Bunyinya macam sedih dan menakutkan. Betul tak? Tapi, mengikut kajian yang dilakukan, memang tanda-tanda yang dipaparkan dibawah terbukti benar.

Setiap perkara yg berlaku pasti ada petunjuk atau tanda-tanda yang kita boleh rasa.
Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.
Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :

"Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…"

Begitu juga bila kekasih anda ingin meninggalkan anda mesti ada sahaja petanda tapi anda TIDAK perasan petanda tersebut dan bila sudah ditinggalkan baru anda perasan tanda-tanda tersebut.


So anda nak tahu apakah 4 tanda kekasih anda hendak meninggalkan anda?


1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?

Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual atau selalu terjadi, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi bersama. Adakah  ketakutan untuk berterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta tetapi tidak dilakukan sebab takut akan membuat pasangan anda kecewa/sedih dan pasangan anda tidak boleh menerima sesuatu perkara atau keputusan dari pihak anda?



2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?

Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang diketahuinya akan menimbulkan masalah atau ada perkara konflik yang sedang berlaku. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.



3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? 

Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.




4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? 

Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.

Jika anda semua perasan tanda-tanda awal ni, anda masih ada peluang untuk memperbaiki keadaan semula, tapi jika girlfriend atau boyfriend anda tu hendak tinggalkan anda juga, so terimalah ia kerana itu adalah suratan takdir anda.

Sumber dari: senicinta


Just nak berkongsi sahaja. Renung-renungkan, selamat beramal~


 
 
 
 
 

No comments: