Bila LELAKI Serius Dalam Percintaan..

|



Keegoan si dia diketepikan.

Keikhlasan kamu sentiasa ditagihkan.
Apabila datangnya orang ketiga, si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa sajja untuk merebut kembali kekasih hatinya. 
Si dia akan sentiasa menghantar sms walaupun jarang dibalas.
Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang kekasih.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Si dia sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah.

Si dia sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu.



Si dia sentiasa mencari jalan untuk menceriakan keadaan sekiranya mood kekasihnya tidak baik.


Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan sangat risaukan tentang diri kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana keadaan kamu seharian. Si dia sangat mengambil berat terhadap kamu.

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh terhadapnya.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap. Tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Jika kamu menghadapi masalah, berceritalah kepada teman lelakimu. Si dia sentiasa mendengar dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Selain itu, si dia dapat merasakan dirinya sangat penting dalam hidup kamu. 

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang i tak?” "You sayang i tak?", jangan anggap itu sebagai satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.



Si dia sentiasa berharap bahawa kekasihnya sentiasa mengingatinya walau dimana jua berada.


Dia berusaha untuk mengetahui setiap perbuatan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. Tetapi dia tidak mahu mengongkong kebebasan kekasihnya kerana si dia sangat mempercayai kesetiaan yang diberi kepada kekasihnya. Dia berharap kekasihnya itu memahami dirinya yang sentiasa menyintai dan menyayangi.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan orang lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. 



HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.


Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI. Cintailah dia seikhlas hati kamu.





****************************
Untuk perkongsian dan renungan.
Terima kasih kerana membaca. :)

****************************




No comments: