KL - Raub 5 jam

|
Semuanya berlaku tanpa ada buat planning pun. Hahaha.
Ikutkan cerita macam ni.
Selepas AJ sampai dari BP, aku ambil dia terus pergi ke rumah kakaknye di Shah Alam.
Ikut plan, dia akan balik kampung dengan family kakaknye pada pukul 10 mlm.
Then, aku dapat tahu yg mereka akan balik kampung dengan 6 org dlm sebuah kereta.
SURE berhimpit2 dlm perjalanan nanti. Dah laa highway SESAK dengan kenderaan yang akan pulang ke kampung masing2.
So.. Memandangkan hari Sabtu hingga Isnin aku tak pergi mana2 dan bosan stay at rumah, apelagi aku buat keputusan yang aku pun nak join trip dengan AJ dan family kakaknye untuk pulang ke Raub.
Kami bertolak pada jam 11 malam.
Yeah. Seperti yang diduga, highway sesak giler vavi.
Start sesak dari Sri Petaling sehingga Tol Gombak.
Sampai di Tol Gombak pada jam 12.30 pagi.
Then, sambung semula jamm sehingga ke Genting Sempah.
Selepas sampai di R&R Genting Sempah, kami berehat sebentar.
Kaki aku dah mula rasa lenguh2. Huhuhu.
Abang ipar AJ mencadangkan kami mengikut jalan alternatif ke Raub untuk mengelak kesesakan.
Then, kami ikut jalan lama melalui Janda Baik - Bentong.
Jalan kat situ memang scary marry laa. Huhuhu.
Boleh pulak semasa melalui jalan mcm tu aku teringat cerita KARAK.
Seram.
Bulu roma aku tiba-tiba naik time tu.
Tapi aku buat cool sajja sambil layan lagu. Huhuhu.
Then, kami melalui jalan Sertik- Mempaga.
Pergghhh.
Jalan kat situ MEMANG mencabar.
Bagaikan jalan roller coaster.
Turun naik turun naik.
Corner sana corner sini.
Ditambah pula dengan hujan renyai2 dan jalan basah.
Terasa drive sebuah kereta F1 pula semalam.
Bagus jugga sebab ia menguji kecekapan handling kereta aku.
Best sebab tak banyak kereta yang lalu jalan tersebut.
Takut pun ada sebab jalan kat situ sangat gelap dan berkabus.
So ia mencabar penglihatan aku yang sememangnye mengantuk dan penat.
Selepas 5 jam perjalanan yang mencabar dan meletihkan, akhirnye sampai jua di Tersang, Raub dengan selamat.
Syukur Alhamdulillah. :))
Btw, dah sampai Tersang, Raub baru aku sedar.
Ini first time dalam hidup, aku berhari raya tanpa bersama family.
Kalau Hari Raya Aidil Fitri, WAJIB aku bersama family.
Tapi ini just for Hari Raya Aidil Adha sajja tanpa mereka.
Dan ini first time jugga, aku berhari raya bersama family AJ. :))
Heeee.
Okie.
Dah habis cerita.
Penat laa.
Penat drive kereta semalam pun tak hilang lagi taw.
Hahahaha.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. 
;)) 



Kesesakan di highway Gombak - Bentong.



No comments: