ABC Special

|
Sebelum aku nak bercerita, firstly aku nak minta maaf kat si dia kerana aku dah salah faham dan salah sangka kat dia.
Aku fikir dia balik kampung tergesa-gesa pada awal pagi semalam sebab dia marah dan merajuk dengan aku.
Rupanya sangkaan aku meleset.
Dia balik kampung ada sebab penting.
Hal kematian keluarga.
Hurmm.
Kesian kat dia.
If dia beritahu awal-awal kat aku, boleh la aku hantar dia balik kampung.
Bukan jauh pun dari KL.
Tak sampai 2 jam perjalanan pun.
Tapi dia tak beritahu aku sebab dia tak nak menyusahkan aku.
Aku dah banyak kali pesan dia, aku tak susah kerana dia sebab aku sayang kat dia.
Lagi susah kalau dia tak beritahu aku apa-apa yang mampu aku tolong.
Hurmm.
Anyway, selepas selesai urusan keluarga dia di kampung, jam 3 petang dia menghantar sms yang dia sedang dalam perjalanan pulang ke KL semula.
Aku terkejut jugga la.
Cepat benar dia balik.
Aku ingat dia akan balik keesokkan harinya.
Hati aku rasa tak senang.
Kesian dia penat.
Then, aku cepat-cepat sms dia yg aku akan pick up dia.
Lepas ambil dia kat Stesen LRT Bukit Jalil, seperti yang dijanjikan, aku bawa dia pergi makan ABC special kat Shah Alam.
ABC Special tempat favourite dia.


Otw ke Shah Alam, aku tengok dia moody sajja.
Aku tengok dia dok muncung sajja.
Dah macam muncung tikus dah.
Hehehe.
Comel jugga aku tengok.
Bila ditanya, jawab sepatah.
Tak pelah, aku tak ambil hati pun.
Aku tahu dia tengah kepenatan.
Kesian aku tengok dia.
Sebab tu, aku beriya nak jumpa dia.
Bukan sahaja aku dapat melepaskan rindu, tapi untuk menceriakan hatinya semula.
Okay.
Selepas sampai di sana, aku dan dia mengambil tempat duduk dan terus order dua ABC Special.


Lepas makan, baru dia mula bercakap dengan aku. Borak-borak dengan aku.
Hati aku pun rasa lega.
Mood dia sudah kembali okay.
So, lain kali, kalau dia tengah moody jea, aku akan bawa dia makan ABC Special lagi..
Dah tahu ubatnya.
Ini makannyee~~
Hehehehe. :))

2 comments:

Mr.Dolphin said...

macha gedix.! :p

Azrie Eir said...

gedix tapeeee!
jgn mulut muncung memanjang jea.
lalala~~
:p