Smile

|

Alangkah bahagianya hidup bila melihat seseorang yang kita sayang itu tersenyum riang. 
Tetapi keadaan akan menjadi lebih bahagia dan manis bila dapat mengetahui bahawa KITA adalah penyebab utama untuk si dia tersenyum. :D :D :D



Lesson Learned

|




Talking about a past relationship doesn’t mean you’re still stuck on it.

Sometimes its a reminder not to screw up again LESSON LEARNED.







Jangan Terpedaya Taktik Kotor PR

|
Strategi utama PR sudah lama dapat kita baca iaitu mencetuskan huru-hara serta ketidakstabilan dalam negara untuk melemahkan kerajaan dan merampas kuasa. Untuk itu, NGO-NGO atau pertubuhan haram digunakan untuk membangkitkan isu perkauman contohnya, melalui novel Interlok yang secara tiba-tiba saja menjadi kontroversi tidak lama dahulu sedangkan ia telah berpuluh tahun digunakan.
Kemuncak strategi PR ialah huru-hara besar-besaran yang berpunca dari pemenjaraan Anwar Ibrahim dan tuduhan konspirasi terhadap kerajaan di mana diharap agar menjadi pemangkin kepada tumbangnya Barisan Nasional.
Sebagai ‘back-up’, sekiranya semua ini gagal dan PR tidak mampu memenangi pilihanraya, maka Bersih digunakan sebagai persediaan awal untuk menidakkan keputusan pilihanraya seterusnya sebagai alasan untuk mencetuskan huru-hara dan menumbangkan kerajaan BN.
Namun, taktik kotor pembangkang tidak terhad setakat itu sahaja. Bagi ‘menyediakan’ minda rakyat untuk memakan umpan ini, mereka telah terlebih dahulu menabur propaganda agar rakyat percaya bahawa pilihanraya adalah benar-benar tidak bersih.
Ketika pulang ke Kedah baru-baru ini, penulis ‘disapa’ oleh maklumat yang tersebar secara meluas mengenai wujudnya beribu-ribu pendatang Bangladesh, Pakistan dan lain-lain yang disembunyikan oleh BN di segenap hutan-hutan di Malaysia. Pendatang ini semua, kononnya telah didaftarkan sebagai pengundi dan akan keluar mengundi BN dalam pilihanraya umum nanti.
Penulis ternganga sebelum tergelak besar mendengar cerita yang tidak masuk akal itu. Namun, gelak penulis pantas hilang apabila melihat bagaimana si penyampai serta mak cik dan pak cik yang sama-sama mendengarnya mempercayai cerita tersebut 100%.
Maka, jenuhlah penulis menjelaskan kepada mereka semua bahawa bukan mudah untuk menipu dalam pilihanraya memandangkan proses pengundian dari A-Z adalah telus kerana perlu dipantau oleh wakil dari setiap parti. Jika berlaku keraguan dalam proses pengundian, wakil parti boleh membuat bantahan. Oleh itu, jika ada di antara kita terlihat segerombolan pendatang asing yang diragui status kewarganegaraan mereka datang mengundi di hari pengundian nanti, laporkan dan dedahkanlah mereka agar siasatan dan tindakan dapat diambil.
Penulis juga meminta makcik dan pakcik tersebut mengerahkan rakan-rakan mereka membuat rondaan ke hutan-hutan di belakang kampung masing-masing untuk mencari beribu-ribu pendatang upahan BN yang dikatakan itu dan menangkap dan mendedahkan mereka jika benar ada. Lebih baik jika siarkan saja gambar ‘perkampungan pengundi PATI di dalam hutan’ itu termasuk wawancara dengan mereka di dalam Harakah, Malaysiakini dan media-media milik pembangkang untuk impak yang lebih hebat.
Malangnya, lucu atau tidak, cerita tidak masuk akal ini telah pun disebar di seluruh Kedah dan seluruh negara juga. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa 20%-40% orang-orang Melayu telah dengan mudah, mempercayainya.
Sedih sekali memikirkan betapa ramainya orang Melayu yang begitu mudah mempercayai sesuatu tanpa berfikir logiknya langsung.
Dan semalam, satu lagi taktik kotor pembangkang sampai ke telinga penulis. Iaitu, kononnya terdapat seorang yang mengaku sebagai wakil ADUN BN di Kota Damansara kini giat turun berjumpa dengan majikan di seluruh Selangor mencari pekerja asing untuk didaftarkan sebagai pengundi. Kononnya, pekerja-pekerja ini akan diarahkan untuk mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.
Mereka yang menyampaikan kepada penulis adalah penyokong BN dan mereka sendiri nampaknya gusar kerana percaya ia adalah benar.
Tidakkah mereka-mereka ini terfikir bahawa tidak mungkin BN sebodoh itu kalaupun benar ingin bermain kotor?
Apakah logik ada ADUN BN yang tidak memikirkan risiko majikan yang ditemui wakilnya itu adalah penyokong pembangkang yang pasti akan mendedahkan taktik kotor sebegitu? Dan kalau benar ia berlaku, kenapakah pembangkang tidak menangkap, melapor dan mendedahkan wakil tersebut secara besar-besaran di dalam media milik mereka?
Sebaiknya, mana-mana majikan yang terlibat mendedahkan segera identiti ‘wakil ADUN BN’ tersebut agar tindakan dapat diambil dan taktik kotor ini dapat dihentikan segera.
Memandangkan tiada pendedahan secara meluas oleh pembangkang, maka kita simpulkan terdapat satu saja penjelasan mengenai kisah-kisah tidak masuk akal ini, iaitu ia hanyalah satu lagi taktik kotor PR untuk menimbulkan keraguan dalam minda rakyat terhadap BN sebagai persediaan sekiranya PR kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.
Kita pasti, kisah-kisah tidak masuk akal ini akan digunakan PR bagi menjustifikasikan huru-hara yang bakal dicetuskan melalui Bersih 3.0, sekali gus rampasan kuasa melalui jalan belakang yang merupakan strategi utama mereka.
Kesimpulannya, orang-orang Melayu perlu berlatih untuk berfikir lebih sedikit sebelum menerima dan mempercayai bulat-bulat sesuatu maklumat. Penulis amat bimbang dan sedih sekali melihat pemikiran orang Melayu yang nampaknya benar-benar di tahap kritikal kerana tidak mampu langsung untuk bertindak kritis dan menapis segala apa yang masuk ke telinga mereka.
Kegagalan orang Melayu untuk berfikir secara logik sehingga terlalu mudah diperdaya dan dimanipulasi, ditakuti akan menjadi pemangkin kepada kehancuran bangsa kita nanti.

Hikmah.

|
Sahabat,

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan, supaya timbul kesabaran dan kesyukuran.

Setiap yang sukar pasti ada kesenangannya.

Dan setiap kesabaran pasti ada ganjarannya.

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam genggaman.

Semuanya telah tertulis untuk kita.

Redha atas segala ketentuanNya.



Kasut Bola Baru Bawa Tuah.

|


Yeahhh.
Akhirnya aku dah menjejak kaki ke padang bola sepak semula dan mencium bau rumput yang dah lama aku tinggalkan.
Hehehe.
Lama tu takde laa lama sangat.
Just setahun lebih sajja.
Member2 team aku semua mengalu-alukan kehadiran aku dalam pasukan. 
Diorang nampak happy bila aku ada dalam pasukan.
Ada yang puji plus bagi semangat kat aku.
Ada yang puji plus perli kat aku sebab dah lama tak bermain bola dengan diorang.
Its okay laa.
Aku terima seadanya.
Btw, dalam team kali ini ramai player junior.
Hebat2 jugga la diorang ni main.
Bagus laa ada player pelapis dalam team.
Okie. 
Petang tadi aku diturunkan pada second half dengan semangat baru dan kasut baru yang aku pakai.
Kasut tu agak selesa dan ringan.
Untung laaa kann!
Dengan kasut baru tu laa aku dapat score 1 gol pada minit ke 76.
Tuah kasut baru katanyeee.
Hahahaha.
Apa-apa pun, aku sangat happy dapat beraksi semula dan membantu team aku menang 5 - 1.
Selepas perlawanan, coach team nasihatkan kepada aku supaya aku meningkatkan stamina sebab dia tengok aku main tak sampai 20 minit beraksi dah PANCIT. :p








Selepas Setahun Tak Berlari.

|


Okie. Ini adalah satu pengakuan dari aku. 
Petang tadi, aku berniat nak mulakan tahun baru 2012 ini dengan sihat bersenam dan ingin kembali aktif dalam sukan bola sepak selepas setahun lebih aku tinggalkan.
So aku mula berjogging untuk mendapatkan stamina.
Dan seperti dijangka, aku hanya mampu berlari selama 10 minit SAHAJA.
Sebab tempoh itu dah memadai untuk aku pancit dan hampir nak pitamsss!
Hahahaha. 
Selepas selama setahun aku tidak berlari, badan aku betul-betul flat abes! 
Penat ya amat! 
Baru korang tahu betapa malasnya aku nak bersenam kan? :p
Tapi cukup laa untuk persediaan aku untuk bermain bola sepak pada keesokan harinya. (sebenarnya tak cukup punnn, hek6).
Keghairahan untuk bermain bola sepak tiba-tiba kembali menjelma dalam fikiranku. 
Semalam, aku berhabis duit membeli kasut bola baru. Jenama Nike tuu!
Semangat kan? 
Hahahaha.
Esok bermulanya aku turun ke padang bola di uni aku. 
Tak sabar rasanya ingin menyepak bola. 
Apa-apa pun aku akan bermain dengan kadar biasa sebab STAMINA aku betul-betul ZERO oke! ;)) ;)) ;)) 





Tak Sedap + Mahal Gila + Gangguan Seksual.

|
Apa-apa pun sebelum bermula, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada kawan-kawan blogger sekalian dan jugga kepada followers blog. Apa azam tahun baru korang kali ini? Semoga azam baru korang akan berjaya direalisasikan pada tahun ini yea! Amin.


Okie2. Now aku nak bercerita tentang pengalaman aku di tahun baru 2012 ini yang mungkin aku takkan lupa.
Kejadian ini berlaku semalam 7.1.2012, semasa aku pergi dinner di satu tempat yang agak eksklusif di Shah Alam.
Hahahaha. Sebenarnyeee aku nak lepaskan geram sebab tension. Sebab apa tension? Begini ceritanyeee.
Sebelum pergi ke restoran terapung di atas tasik tu, kami pergi makan ABC Shah Alam di Seksyen 3. Sampai di situ, terus order dua ABC macam biasa. Suddenly, ada sekumpulan lelaki berperut boroi + berbaju kemeja (tak perlu laa aku nak mention nama syarikat/group diorang)  dalam lingkungan umur 40 -50 tahun duduk sekali dengan table kitorang. Mentang2 laa table yang kami duduk tu besar. Tapi bagi aku kan, diorang ni tak reti malu dan sporting sebab table tu kami dah booked dulu. Tetiba diorang sampai terus duduk kat situ dengan muka tak malu. Konon diorang berhak boleh lepak kat table situ sebab diorang lagi ramai dan banyak duit? PHUIII! Padahal kami dah booked dulu. ABC yang aku makan tu, elok2 sejuk jadi panas laa. Geram sangat! Sooo.. kat situ just aku makan ABC sajja. Diorang dah potong selera aku nak makan makanan lain dah. Lepas bayar ABC, kami pun blahh cari tempat makan lain. 


Then, selepas pusing2 area Tasik Shah Alam, aku terjumpa satu restoran terapung di tengah tasik.
Aku pun ingin try laa makan kat situ. Aku dah tahu restoran tu agak eksklusif dan sure mahal.
Aku tak peduli laa mahal or tak, janji aku dapat makan sedap2 kat situ. Sampai sajja, kami dilayan dengan baik sekali. Kami diberi table untuk dua orang di satu sudut restoran betul2 di atas tasik. Yelaa, dah nama restoran terapung kann.. hehehe. Restoran tu  memang cantik. Dan kami diberi buku menu makanan. Aku tengok jenis makanannya agak curlasss! Memang mahal. Dalam hati aku tak kisah laa mahal, janji makanan yang diorang masak sedap. Okie. Selepas 5 minit melihat buku menu tersebut, ada seorang pelayan restoran yang menamakan dirinya 'Uncle' datang ke table kami untuk mengambil order. Mula2 beramah mesra dengan kami. Its okay. Itu memang layanan yang diperlukan terhadap customer seperti kami. Then selepas mengambil order kami, uncle tersebut dah mula menunjukkan setannyaaa. Hahaha. Macam2 perasaan ada time tu. Kelakar, lawak, panas pun ada. Takut pun ada kalau kowt2 dia tak bagi kami balik. Dia kurung kami kat restoran tu tak bagi kami balik. Macam2 aku fikir time tu. Setiap kali dia datang kat table kami, mesti dia mengusik dan buat gangguan seksual dia. Sampai aku makan pun dah takde feel. Tapi nasib baik laa uncle tu tak lebih2 dengan kami. I think its for fun. Kami pun terhibur jugga lihat perangai uncle tu walaupun rase geli jugga. Kalau dia lebih2 dengan kami, dah tentu time tu jugga aku humban dia kat dalam tasik. Hahahaha.
Selepas menjamah makanan dengan sedikit gangguan seksual dari pelayan tua yang gila tu, perut pun dah kenyang. Makanannyee bagi aku tak sedap. Oh yea lupa nak cerita makanan yang kami makan. Kami makan Tom Yam Seafood (tak sedap + pedas nak mampus!), 1 ekor Ikan Siakap Steamed (tak sedap + tak habis), 1 set Baby Kailan (nak baby kailan tapi dia bagi mak kailan. GERAM!), 2 set Nasi, 2 gelas juice buah-buahan. Total semuanya termasuk tax RM89.10. Tapi nasib baik uncle tu pandai pujuk selepas dia tengok kami dah rimas dengan perangainya. Sebelum kami balik, uncle tu bagi dua scope aiskrim. Cool down sikit mood kami time tu. Huhuhu. Lepas jea keluar dari restoran terapung tu, aku tekad tak nak datang lagi restoran ni. Dah laa Mahal Gila. Pastu Tak Sedap pulakkk! Pastu dah laa kena Gangguan Seksual. Gggrhhh!


End.