Ramadhan Terakhir Menjelang Syawal 1432M

|
Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dapat aku menjalani ibadah puasa yang terakhir untuk tahun ini.
Dengan segala cubaan dan dugaan yang dilalui, aku bersyukur kerna dapat menjalani puasa dengan sebaik-baiknya walaupun aku dah kantoi puasa 1 hari yg lepas. Hehehehe :p
Mudah-mudahan segala ibadah puasa aku di bulan Ramadhan kali ini diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T.
InsyaAllah.
Aku harap korang yang membaca pun sama, mudahan ibadah puasa korang diberkati. Amin.

Sepanjang bulan Ramadhan kali ni, aku telah ditunjukkan oleh Allah S.W.T satu perkara yang telah lama aku inginkan. Aku telah dikeluarkan dari kesakitan yang berbulan-bulan lamanya aku simpan. Aku tak pandai untuk merawatnya kerna sekian lama aku mencuba semakin sakit yang aku rasa. Aku putus asa. Aku tak pandai nak luahkan segalanya. Biarlah kesakitan itu berlalu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Qada dan Qadar ditentukan oleh-Nya. Aku redha. Biarlah mulut-mulut diluar sana berkata-kata. Aku tak ada kekuatan hendak menghalang. Hak kamu untuk berkata-kata. Bagi aku, kamu tidak mengerti apa-apa yang pernah aku lalui dan apa yang telah aku rasa. Gunakanlah lidah kamu yang diberi-Nya untuk sebaik-baiknya. InsyaAllah hidup kamu akan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Mulai Syawal 1432, aku akan mulakan kehidupan baru. Kehidupan aku yang tenang di samping insan yang tersayang. Tak sabar rasanya ingin ku cium tangan ayah dan bonda yang tersayang pada pagi Syawal nanti. Mereka berdualah jantung hatiku sejak dari kecil hingga aku dewasa.

Kepada sahabat handai dan kawan-kawan yang mengenali diri ini, dengan sepenuh hati dan ikhlas, aku menyusun sepuluh jari mohon keampunan dari hati yang kotor ini. Segala yang buruk datang dari aku sendiri. Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T.





***********************
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
~Maaf Zahir dan Batin~ 
***********************


Short Superhero Story

|
Cerita: Short Superhero Story - My SuperBobo



....... Setelah durasi filem Mawas Pandai menjengah 1 jam 28 minit, Metot dan Boo Boo begitu fokus menonton babak klimaks. Tiba-tiba, ada seorang penonton bangun tergesa-gesa sambil memegang dada dan terus rebah di kaki tangga. Hampir separuh penonton yang sedang khusyuk menonton babak klimaks terpaku dan terkejut melihat sekujur tubuh sedang mengelupur di lantai tangga. Metot terpinga-pinga. Begitu juga penonton. Ramai yang ada disitu tidak tahu hendak buat apa-apa. Mujurlah, sepantas kilat, my Boo Boo bertukar menjadi SuperBobo dan pergi menghulurkan bantuan dengan segera. SuperBobo menggunakan ilmu superpower yang dipelajarinya ketika berada di Triangle Planet. Walaupun tak sekuat mana superpower daripada SuperBobo (sebab dia belum khatam mengaji lagi), pesakit tersebut dapat ditenangkan sebelum dibawa ke hospital. LEGA. Itulah perasaan dapat diungkapkan oleh sebahagian penonton. Metot sangat berbangga kerana mempunyai superhero yang sanggup membantu orang yang dalam kesusahan. Superhero yang tidak lain dan tak bukan di hati Metot adalah SuperBobo. 


The End.  




Note: Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang meninggal dunia.
Paham-paham ajelah ye!
Hehehe :)



Kuih Raya Kegemaranku Sepanjang Zaman.

|
Tap Tup Tap Tup..
Dah masuk 24 hari kita berpuasa.
Rasa Ramadhan kali ini cepat berlalu.
Tak sangka beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri.
No wonder la, hari minggu yang lepas ramai orang sibuk keluar shopping untuk raya.
Boleh dikatakan setiap shopping mall dipenuhi oleh orang-orang Melayu yang sibuk berbelanja untuk persiapan raya tahun ini.
Untung laaa dan senyum lebar sampai ke telinga tokey-tokey kedai.
Hehehe.
Eh, macam mana persiapan raya korang semua?
Semua dah siap ke?
Kuih raya dah buat?
Haa..
Sebut je pasal kuih raya, aku nak share pasal kuih raya kegemaranku setiap kali Aidilfitri.
Antara kuih raya yang menjadi favorite aku setiap kali hari raya adalah seperti:






 Bahulu.






Almond London.




  
Kuih Bunga Cina / Dahlia.






Kuih Semperit.






But, FYI..
My most favorite kuih raya favor of all time is the good old Kuih Bunga Cina a.k.a Bunga Dahlia. Its always has been until now.




^.^











Nice Story About Selfless Love

|


A boy and a girl were playing together. The boy had a collection of marbles. The girl had some sweets with her. The boy told the girl that he will give her all his marbles in exchange for her sweets. The girl agreed.
The boy kept the biggest and the most beautiful marble aside and gave the rest to the girl. The girl gave him all her sweets as she had promised. That night, the girl slept peacefully. But the boy couldn't sleep as he kept wondering if the girl had hidden some sweets from him the way he had hidden his best marble.




Moral of the story:

If you don't give your hundred percent in a relationship, you'll always keep doubting if the other person has given his/her hundred percent. This is applicable for any relationship. Give your hundred percent to everything you do and sleep peacefully. Okay!
:)





4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda. Ingin Tahu? Sila Baca.

|
Assalamualaikum. Selamat sejahtera dan selamat berpuasa pada anda semua yang rajin berpuasa. Mudah-mudahan puasa kita pada hari ni diberkati oleh Allah S.W.T. 
Entry terbaru kali ni aku nak share dengan anda mengenai 4 tanda yang menunjukkan kekasih, awek, boyfriend, girlfriend anda ini bakal meninggalkan anda.
Bunyinya macam sedih dan menakutkan. Betul tak? Tapi, mengikut kajian yang dilakukan, memang tanda-tanda yang dipaparkan dibawah terbukti benar.

Setiap perkara yg berlaku pasti ada petunjuk atau tanda-tanda yang kita boleh rasa.
Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.
Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :

"Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…"

Begitu juga bila kekasih anda ingin meninggalkan anda mesti ada sahaja petanda tapi anda TIDAK perasan petanda tersebut dan bila sudah ditinggalkan baru anda perasan tanda-tanda tersebut.


So anda nak tahu apakah 4 tanda kekasih anda hendak meninggalkan anda?


1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?

Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual atau selalu terjadi, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi bersama. Adakah  ketakutan untuk berterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta tetapi tidak dilakukan sebab takut akan membuat pasangan anda kecewa/sedih dan pasangan anda tidak boleh menerima sesuatu perkara atau keputusan dari pihak anda?



2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?

Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang diketahuinya akan menimbulkan masalah atau ada perkara konflik yang sedang berlaku. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.



3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? 

Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.




4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? 

Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.

Jika anda semua perasan tanda-tanda awal ni, anda masih ada peluang untuk memperbaiki keadaan semula, tapi jika girlfriend atau boyfriend anda tu hendak tinggalkan anda juga, so terimalah ia kerana itu adalah suratan takdir anda.

Sumber dari: senicinta


Just nak berkongsi sahaja. Renung-renungkan, selamat beramal~


 
 
 
 
 

Maaf Bila Aku Tak Sempurna

|


Kalau awak mahu yang kacak.. Maaf, itu bukan saya..
(tapi saya cuba untuk sentiasa kelihatan kacak di mata awak)


Kalau awak mahu yang kaya.. Maaf, saya miskin..
(mungkin saya dari keluarga susah, tapi saya akan pastikan itu akan berubah)


Kalau awak mahu yang baik.. Maaf, saya biasa2 sajja..
(tapi saya akan selalu perbaiki diri ke arah positif)


Kalau awak mahu yang terpelajar atau berkerjaya.. Maaf, saya tak punya apa2..
(tapi saya ada impian yang besar, mungkin awak tak tahu)


Kalau awak mahu yang sempurna.. Maaf, saya bukan orangnya..
(saya mengaku ada kekurangan dan kelemahan)




Sebaliknya...
Jika awak mahu seorang hati yang tulus mencintai awak.. Ya, SAYALAH ORANGNYA! :)
(saya terima awak seadanya, harap awak begitu juga)






"True love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly."









Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

|







Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung berseorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamat tinggal
Kepadaku...


Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada





-The End-


Terus-terang

|










 
 
Korang pernah tak rasa susah nak cakap TIDAK?
Atau pernah tak korang rasa berat nak berterus-terang pada seseorang tentang sesuatu perkara sebab bimbang penjelasan atau sikap berterus-terang korang nanti akan melukakan hatinya?
 
Atau pernah tak korang merasa sangat2 bersalah kerana tidak berterus-terang dari awal lagi?

Atau pernah tak korang rasa macam susah sangat nak cerita sebab tak tau nak start dari mana?
 
Situasi korang tuu lebih kurang macam situasi aku sekarang ni. Punyalah penat berhempas pulas nak fikir sampai pening kepala otak aku. Hahahaha!
 
Entahlah. Aku dalam keadaan yang serba salah. Nak cakap rasa bersalah. Tak cakap pulak rasa bersalah. Haihh. Mana satu ni pilihan yang betul untuk aku ikut? Hurrmmmm..
 
 
 
 
 

Bertaruh itu HARAM!

|
Pak Tam (bukan nama sebenar) bukanlah seorang yang kaya, namun setiap hari beliau akan menyimpan RM2,000 di bank. Tepat jam 10 pagi setiap hari, Pak Tam sudah pun terpacak di kaunter bank untuk menyimpan wangnya. Setahun berlalu, kehadiran Pak Tam saban hari mula mendapat perhatian pengurus bank. Suatu hari Pengurus Bank memanggil Pak Tam ke pejabatnya...

Pengurus Bank: Setiap hari saya melihat Pak Tam menyimpan tidak kurang RM2,000 di bank ini. Apa sebenarnya pekerjaan Pak Tam?

Pak Tam: Saya sebenarnya kerani pencen saja tuan,

Pengurus Bank: Mustahil. Takkan seorang kerani pencen mampu menyimpan RM2,000 sehari?

Pak Tam: Saya boleh bagitau rahsianya, tapi tuan kena senyaplah. Pendek kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

Pengurus Bank: Pak Tam jangan risau. Saya sentiasa menjaga rahsia pelanggan saya.

Pak Tam: Begini tuan, sebenarnya saya ni suka bertaruh, Cumanya bila saya bertaruh, tak pernah kalah.

Pengurus Bank: Ohh...itu sebab Pak Tam belum bertemu lagi dengan orang yang handal bertaruh macam saya. Kalau Pak Tam berhajat, bolehlah bertaruh dengan saya. Pak Tam cakap saja nak bertaruh apa dengan saya.

Pak Tam: Baiklah kalau tuan dah berhajat begitu. Beginilah...dalam masa 7 hari bermula sekarang, saya bertaruh tuan akan kehilangan bulu ketiak. Kalau ia tak hilang dalam masa 7 hari, saya akan bagi RM2,000 pada tuan. Tetapi kalau bulu ketiak tuan benar-benar hilang, tuan pula yang akan bagi RM2,000 pada saya.

Pengurus Bank: Tak logiklah Pak Tam. Dah tentulah saya akan menang pertaruhan ni.

Pak Tam: Takpe...kita tengoklah nanti.

Setelah keduanya bersetuju membuat pertaruhan, masing-masing pun beredar. Keesokannya bila bangun dari tidur, pengurus bank mula meraba ketiaknya. Ahhh...masih ada bulu. Itulah yang dilakukan Pegurus Bank saban hari sehinggalah masuk hari ketujuh. Sesudah tamat tempoh, Pengurus Bank dengan suka hatinya telah memanggil Pak Tam.

Pengurus Bank: Minta maaflah ya Pak Tam. Seperti yang dijanjikan....(sambil membuka bajunya, Pengurus Bank menunjukkan bulu ketiaknya kepada Pak Tam).

Pak Tam: Betul ke ni? Boleh saya pegang? Manalah tahu tuan pakai bulu ketiak palsu pulak? (Pak Tam lantas meramas bulu ketiak Pengurus Bank sambil tersengih-sengih).

Pak Tam: Betullah ini bulu ketiak asli. Maka sebagaimana yang dijanjikan, nah RM2,000 (sambil menghulurkan wang kepada Pengurus Bank).

Pengurus Bank: Sekarang barulah Pak Tam tahu siapa yang handal bertaruh kan? Maaflah ya kerana Pak Tam tak dapat nak simpan duit hari ni. Hehehe...

Spontan Pak Tam mengeluarkan wang RM4,000 dari begnya dan terus ke kaunter bank untuk menyimpan wang.

Pengurus Bank: Aik...mana pulak Pak Tam dapat RM4,000 tu?

Pak Tam: Hahaha! Sebenarnya selain bertaruh dengan tuan, saya juga bertaruh dengan penolong pengurus tuan sebanyak RM6,000.

Pengurus Bank: Bertaruh apa pula?

Pak Tam: Bertaruh pada hari ni saya akan dapat pegang bulu ketiak tuan. Inilah hari yang paling bertuah bagi saya sebab menang besar. Hahaha...

Pengurus Bank: *Pitammmmsss!

Moral of story: Berjudi atau bertaruh adalah HARAMJADAH!
 
 

Love U

|

Macam mana U nak eja C_NTA kalau takde I?
Macam mana U nak eja R_NDU kalau takde I?
Macam mana pula U nak eja H_DUP kalau takde I?
Sebab itu laa dalam hati U kena sentiasa ada I supaya I tak hilang dalam hidup U.
So, U kena laa sayang I selalu okay?

I U



Pengorbanan Cinta

|
CINTA memang memerlukan banyak PENGORBANAN.
Dengan PENGORBANAN yang dilakukan, CINTA itu lebih indah.
Kerana kisah CINTA yang indah itu lahir dari CINTA yang disertai dengan PENGORBANAN.
Tetapi kalau PENGORBANAN itu tidak di hargai, lebih baik tinggalkan saja CINTA itu bersendirian.



Jadi apa pendapat korang tentang Cinta, Pengorbanan atau Kompromi? Untuk menjelaskan ini, kita perlu memahami bahawa ada sebab-sebab tertentu yang memisahkan kedua-dua ini. Jika korang bertanya pendapat aku, maka aku akan katakan Cinta itu tidak boleh kompromi.


Cinta membawa makna yang besar dalam diri kita. Cinta juga menunjukkan kepada kita siapakah diri kita yang sebenar. Kepada orang yang tidak pernah membuat pengorbanan dalam cinta mesti berfikir macam ni, "Kenapa aku perlu berkorban untuk orang itu?" Ini adalah tindak balas orang yang tidak paham tentang erti cinta. Ini adalah orang yang mementingkan diri sendiri.

 Mengorbankan perkara-perkara kecil tidak boleh membahayakan diri kita sendiri. Terutamanya melakukan sesuatu untuk orang yang paling kita cintai. Melakukannya mungkin sukar tetapi semuanya sangat bernilai. Pada masa yang sama, kita dapat kepuasan apabila melihat cahaya kasih sayang yang terpancar di muka orang yang kita cintai.
Tetapi apabila korang mendengar orang yang bercinta, korang sentiasa akan melihat bahawa mereka ini sentiasa memberikan yang terbaik untuk orang lain especially orang yang mereka sayang.

Ia boleh menjadi satu perkara yang kecil yang kita telah lakukan tetapi impaknya sangat hebat!

We never think we are sacrificing because we just do it unknowingly. It just happens.
But why can love not be a compromise?
The word itself says it. Compromise!
To give you an easy example, its more like two people had a hell of a fight and came to a decision saying you keep out of my way and me yours.
You know, love is NEVER that way. Its not a BUSINESS DEAL between two persons saying like this, "You do this and I do this". 
Making Love a compromise can shatter your relationship into such tiny pieces that you'll waste your whole live trying to join them. So we never really know how crazy we are until and unless we have fallen in love! ♥ 



Ramadhan 2011

|



Firstly, aku minta maaf banyak-banyak sebab dah masuk 5 hari berpuasa baru aku add entry terbaru pasal Ramadhan 2011. So far Alhamdulillah aku dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan berjaya menempuh pelbagai dugaan sepanjang hari. Mudah-mudahan segala ibadah puasa aku diberkati oleh Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al Amin. :)

Tahun ini aku berazam bersungguh-sungguh untuk meningkatkan ibadah puasa sehingga genap sebulan. Tak seperti tahun lepas, aku miss puasa 4 hari. Hehehehe. :) 

InsyaAllah.

Kepada pembaca blog yang beragama Islam, aku mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga Ramadhan kali ini memberi kita 1001 keinsafan dan keberkatan. Amin.




Percaya Padaku

|



Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu


Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu

Sepertinya aku tak ingin berlalu


Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu

Hingga waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu

Hingga waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu

Hingga waktu menjemputku


I ♥ U