Bertaruh itu HARAM!

|
Pak Tam (bukan nama sebenar) bukanlah seorang yang kaya, namun setiap hari beliau akan menyimpan RM2,000 di bank. Tepat jam 10 pagi setiap hari, Pak Tam sudah pun terpacak di kaunter bank untuk menyimpan wangnya. Setahun berlalu, kehadiran Pak Tam saban hari mula mendapat perhatian pengurus bank. Suatu hari Pengurus Bank memanggil Pak Tam ke pejabatnya...

Pengurus Bank: Setiap hari saya melihat Pak Tam menyimpan tidak kurang RM2,000 di bank ini. Apa sebenarnya pekerjaan Pak Tam?

Pak Tam: Saya sebenarnya kerani pencen saja tuan,

Pengurus Bank: Mustahil. Takkan seorang kerani pencen mampu menyimpan RM2,000 sehari?

Pak Tam: Saya boleh bagitau rahsianya, tapi tuan kena senyaplah. Pendek kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

Pengurus Bank: Pak Tam jangan risau. Saya sentiasa menjaga rahsia pelanggan saya.

Pak Tam: Begini tuan, sebenarnya saya ni suka bertaruh, Cumanya bila saya bertaruh, tak pernah kalah.

Pengurus Bank: Ohh...itu sebab Pak Tam belum bertemu lagi dengan orang yang handal bertaruh macam saya. Kalau Pak Tam berhajat, bolehlah bertaruh dengan saya. Pak Tam cakap saja nak bertaruh apa dengan saya.

Pak Tam: Baiklah kalau tuan dah berhajat begitu. Beginilah...dalam masa 7 hari bermula sekarang, saya bertaruh tuan akan kehilangan bulu ketiak. Kalau ia tak hilang dalam masa 7 hari, saya akan bagi RM2,000 pada tuan. Tetapi kalau bulu ketiak tuan benar-benar hilang, tuan pula yang akan bagi RM2,000 pada saya.

Pengurus Bank: Tak logiklah Pak Tam. Dah tentulah saya akan menang pertaruhan ni.

Pak Tam: Takpe...kita tengoklah nanti.

Setelah keduanya bersetuju membuat pertaruhan, masing-masing pun beredar. Keesokannya bila bangun dari tidur, pengurus bank mula meraba ketiaknya. Ahhh...masih ada bulu. Itulah yang dilakukan Pegurus Bank saban hari sehinggalah masuk hari ketujuh. Sesudah tamat tempoh, Pengurus Bank dengan suka hatinya telah memanggil Pak Tam.

Pengurus Bank: Minta maaflah ya Pak Tam. Seperti yang dijanjikan....(sambil membuka bajunya, Pengurus Bank menunjukkan bulu ketiaknya kepada Pak Tam).

Pak Tam: Betul ke ni? Boleh saya pegang? Manalah tahu tuan pakai bulu ketiak palsu pulak? (Pak Tam lantas meramas bulu ketiak Pengurus Bank sambil tersengih-sengih).

Pak Tam: Betullah ini bulu ketiak asli. Maka sebagaimana yang dijanjikan, nah RM2,000 (sambil menghulurkan wang kepada Pengurus Bank).

Pengurus Bank: Sekarang barulah Pak Tam tahu siapa yang handal bertaruh kan? Maaflah ya kerana Pak Tam tak dapat nak simpan duit hari ni. Hehehe...

Spontan Pak Tam mengeluarkan wang RM4,000 dari begnya dan terus ke kaunter bank untuk menyimpan wang.

Pengurus Bank: Aik...mana pulak Pak Tam dapat RM4,000 tu?

Pak Tam: Hahaha! Sebenarnya selain bertaruh dengan tuan, saya juga bertaruh dengan penolong pengurus tuan sebanyak RM6,000.

Pengurus Bank: Bertaruh apa pula?

Pak Tam: Bertaruh pada hari ni saya akan dapat pegang bulu ketiak tuan. Inilah hari yang paling bertuah bagi saya sebab menang besar. Hahaha...

Pengurus Bank: *Pitammmmsss!

Moral of story: Berjudi atau bertaruh adalah HARAMJADAH!
 
 

No comments: