Tak Sedap + Mahal Gila + Gangguan Seksual.

|
Apa-apa pun sebelum bermula, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada kawan-kawan blogger sekalian dan jugga kepada followers blog. Apa azam tahun baru korang kali ini? Semoga azam baru korang akan berjaya direalisasikan pada tahun ini yea! Amin.


Okie2. Now aku nak bercerita tentang pengalaman aku di tahun baru 2012 ini yang mungkin aku takkan lupa.
Kejadian ini berlaku semalam 7.1.2012, semasa aku pergi dinner di satu tempat yang agak eksklusif di Shah Alam.
Hahahaha. Sebenarnyeee aku nak lepaskan geram sebab tension. Sebab apa tension? Begini ceritanyeee.
Sebelum pergi ke restoran terapung di atas tasik tu, kami pergi makan ABC Shah Alam di Seksyen 3. Sampai di situ, terus order dua ABC macam biasa. Suddenly, ada sekumpulan lelaki berperut boroi + berbaju kemeja (tak perlu laa aku nak mention nama syarikat/group diorang)  dalam lingkungan umur 40 -50 tahun duduk sekali dengan table kitorang. Mentang2 laa table yang kami duduk tu besar. Tapi bagi aku kan, diorang ni tak reti malu dan sporting sebab table tu kami dah booked dulu. Tetiba diorang sampai terus duduk kat situ dengan muka tak malu. Konon diorang berhak boleh lepak kat table situ sebab diorang lagi ramai dan banyak duit? PHUIII! Padahal kami dah booked dulu. ABC yang aku makan tu, elok2 sejuk jadi panas laa. Geram sangat! Sooo.. kat situ just aku makan ABC sajja. Diorang dah potong selera aku nak makan makanan lain dah. Lepas bayar ABC, kami pun blahh cari tempat makan lain. 


Then, selepas pusing2 area Tasik Shah Alam, aku terjumpa satu restoran terapung di tengah tasik.
Aku pun ingin try laa makan kat situ. Aku dah tahu restoran tu agak eksklusif dan sure mahal.
Aku tak peduli laa mahal or tak, janji aku dapat makan sedap2 kat situ. Sampai sajja, kami dilayan dengan baik sekali. Kami diberi table untuk dua orang di satu sudut restoran betul2 di atas tasik. Yelaa, dah nama restoran terapung kann.. hehehe. Restoran tu  memang cantik. Dan kami diberi buku menu makanan. Aku tengok jenis makanannya agak curlasss! Memang mahal. Dalam hati aku tak kisah laa mahal, janji makanan yang diorang masak sedap. Okie. Selepas 5 minit melihat buku menu tersebut, ada seorang pelayan restoran yang menamakan dirinya 'Uncle' datang ke table kami untuk mengambil order. Mula2 beramah mesra dengan kami. Its okay. Itu memang layanan yang diperlukan terhadap customer seperti kami. Then selepas mengambil order kami, uncle tersebut dah mula menunjukkan setannyaaa. Hahaha. Macam2 perasaan ada time tu. Kelakar, lawak, panas pun ada. Takut pun ada kalau kowt2 dia tak bagi kami balik. Dia kurung kami kat restoran tu tak bagi kami balik. Macam2 aku fikir time tu. Setiap kali dia datang kat table kami, mesti dia mengusik dan buat gangguan seksual dia. Sampai aku makan pun dah takde feel. Tapi nasib baik laa uncle tu tak lebih2 dengan kami. I think its for fun. Kami pun terhibur jugga lihat perangai uncle tu walaupun rase geli jugga. Kalau dia lebih2 dengan kami, dah tentu time tu jugga aku humban dia kat dalam tasik. Hahahaha.
Selepas menjamah makanan dengan sedikit gangguan seksual dari pelayan tua yang gila tu, perut pun dah kenyang. Makanannyee bagi aku tak sedap. Oh yea lupa nak cerita makanan yang kami makan. Kami makan Tom Yam Seafood (tak sedap + pedas nak mampus!), 1 ekor Ikan Siakap Steamed (tak sedap + tak habis), 1 set Baby Kailan (nak baby kailan tapi dia bagi mak kailan. GERAM!), 2 set Nasi, 2 gelas juice buah-buahan. Total semuanya termasuk tax RM89.10. Tapi nasib baik uncle tu pandai pujuk selepas dia tengok kami dah rimas dengan perangainya. Sebelum kami balik, uncle tu bagi dua scope aiskrim. Cool down sikit mood kami time tu. Huhuhu. Lepas jea keluar dari restoran terapung tu, aku tekad tak nak datang lagi restoran ni. Dah laa Mahal Gila. Pastu Tak Sedap pulakkk! Pastu dah laa kena Gangguan Seksual. Gggrhhh!


End.







2 comments:

Mr.Dolphin said...

hoyeh3x.!
nak gi lagi nak gi lagi plezzzz...
HAHAHAHHAHA~~~

Azrie Eir said...

Tamaw laaa!
Nanti kena gangguan seksual!
Takottttt!
HAHAHAHA~~