Cahaya Lilin

|

Gelap. Itu lah dapat aku andaikan tentang kehidupan aku semenjak semalam. Kesedihan. Ketakutan. Buntu. Sejuk. Sakit. Semuanya aku rasa kegelapan yang menghantui aku. Aku perlukan lilin untuk menerangi kehidupan aku semula. Kerana cahaya lilin yang begitu terang bisa membuatkan aku dapat melihat keadaan sekitar, merasakan kehangatan lilin tersebut dan memberi aku panduan untuk aku meneruskan perjalanan hidupku yang baru. Aku berjanji, aku akan melindungi dan menjaga lilin itu supaya cahayanya tidak goyah ditiup angin. Aku dan lilin mengerti satu sama lain. Kita saling memerlukan. Aku perlukan cahaya dan kehangatan. Lilin perlukan perlindungan dari aku untuk menghalang godaan angin yang mendatang. Aku harap cahaya lilinku ini terus menerangi kehidupan aku buat selamanya..



No comments: