Try Sleeping With Broken Heart

|


Awal pagi buta di hari Jumaat 11.2.2011 sehinggalah sekarang ketika aku menulis blog ini adalah merupakan hari yang paling menyedihkan dan menyakitkan jiwa aku pada tahun 2011. Pertama, sedih kerana nenek kesayangan aku sakit. Nenek telah dimasukkan ke Hospital Kajang. Kesian melihat nenek menderita. Nenek dah lama sakit. Tapi for this time, kesihatan nenek sangat merosot. So, family aku decide menghantar nenek untuk menjalani rawatan di hospital. Mujurlah nenek bersetuju untuk dihantar. Pagi-pagi buta, ambulance datang ambil nenek dan hantar ke hospital. Kesian nenek. Huu..
Kedua, aku pula yang sakit. Sakit apa? Aku telah sakit jiwa. Sakit hati. Perasaan aku hancur pada detik 3 pagi. Ego aku luluh. Air mata jangan cakap lah kan! Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku telah meletakkan sepenuh kepercayaan aku terhadap dia. Tapi dia telah menghancurkannya. Serious. Aku betul-betul sakit. Kenapa dia buat begitu? Gahh. Aku tak akan tulis or paste apa yang dia lakukan. Aku lemah. Penat. Sakit jika aku paste semula. Aku tak mahu melihat atau mengingati semula. Broken Heart! Malam ini aku akan cuba tidur walaupun jiwaku sakit. Kalau susah sangat, aku telan lah 2-3 biji pil tidur. Senang :(



p/s: Semoga nenek aku cepat sembuh dan ceria kembali seperti biasa. Amin.


2 comments:

. Ikhwan Mahadzir . said...

Banyakkan bersabar dan wan doakan untuk nenek azrie. Insya'Allah♡

Azrie Eir said...

Thanks Wan..