Burung Oh Burung

|
Boyot merupakan seorang ketua kampung di perkampungan yang bernama Kampung Tunggang Langgang. Boyot mempunyai hobi memelihara burung. Banyak spesis burung yang dia dah bela.  Pada satu hari, semua burung kesayangannya telah hilang. Boyot sangat terkejut dan marah. Dia dapat merasakan perbuatan khianat ini adalah angkara penduduk kampung yang jealous dengan burung-burungnya. Oleh hal itu, Boyot sebagai Ketua Kampung Tunggang Langgang pun memanggil semua penduduk kampung dalam mesyuarat tergempar.

Boyot pun memulakan mesyuarat tergemparnya dengan nada yang keras,  "Siapa disini yang ada burung, sila bangun dengan segera!!!"

Lalu seluruh penduduk lelaki yang ada disitu pun bangun dan berdiri dengan ketakutan. 

Boyot hairan. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanyakan soalan, Boyot
menambah, "Laaa.. bukan itu maksud saya".

Lalu Boyot mengajukan soalan yang lain dengan harapan semua penduduk itu faham. "Maksud saya adalah, sesiapa disini yang pernah lihat burung? Sila bangun dengan segera!"

Maka dengan itu, separuh penduduk wanita berdiri dengan senyuman manja sambil menjeling ke arah suami masing-masing. Pada wanita yang belum kahwin tu, menutup muka sambil malu-malu kucing. 

Sekali lagi Boyot kehairanan. Oleh kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya".

Untuk kali yang ketiga dia bertanya, "Maksud saya ialah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?"

Selepas pertanyaan Boyot tersebut, seorang demi seorang penduduk wanita di kampung itu berdiri.

Wajah Boyot  semakin merah, dan juga semakin gugup. Lalu dia segera berkata lagi, "Maafkan saya sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya. Maksud saya yang sebenarnya ialah, siapa yang pernah lihat burung saya? Sila bangun dengan segera!"

Lalu, dengan tersipu-sipu isteri kesayangan Boyot pun berdiri sambil berkata, "Saya bangggg!"



HAHAHAHAHAHAHA~~ :)) :)) :))







No comments: