Syawal 1432M

|


Alhamdulillah.
Syukur.
Terima kasih.

Itu yang mampu aku ucapkan kepada keluarga tercinta, sanak saudara dan sahabat taulan yang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama di kampung.
Sambutan Aidilfitri pada kali ini sangat sederhana berbanding sambutan pada tahun yang lepas.

Ingat lagi pesanan nenek kepada aku dahulu..
"Biarlah kita hidup dengan bersederhana sahaja. Siapa kita, dimana kita berada, kita kena beringat. Kita kena bersederhana. Jangan berlebih-lebihan. Jangan kita takbur dengan apa yang ada. Semua yang kita ada adalah pinjaman sahaja.. Nikmat yang diberi oleh-Nya hanyalah sementara sahaja. Bila-bila sahaja Tuhan akan tarik balik. Kita hidup hendaklah sentiasa bersyukur."
Pesanan nenek yang tersayang sentiasa tersemat di minda aku. InsyaAllah.



Marilah kita merayakan Aidilfitri ini dengan kesyukuran dan kesederhanaan.

:)



No comments: