Semuanya Telah Terjawab.

|


Aku bersyukur semuanya telah terjawab.
Perkara yang tersirat yang inginku luahkan padanya selama ini semuanya terjawab.
Perkara yang ku pendam selama ini dalam lubuk hatiku semuanya terjawab.
Hati ku tersangat lega bagaikan tiada beban di dalam.
Segala yang tersirat sudah diketahui.
Ada hikmah disebaliknya.
Selepas kejadian itu, cinta dan kasih aku kepadanya semakin kuat.
Hati ini betul-betul meronta ingin mendakap ketabahan hatinya menerima aku.
Melalui air matanya, aku telah mendapat jawapan yang selama ini aku dambakan.
Aku melihat keikhlasannya menyayangi aku.
Aku melihat hatinya bersih untuk mencintaiku.
Aku bersyukur kerana mempunyai teman hati yang menerima aku seadanya.
Aku berjanji aku akan menjaganya sehabis baik.
Aku tak akan mempersiakan cintanya terhadap diri aku.
Aku sangat mencintainya.
©©©© ~



No comments: