Wireless

|
Di sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia sedang berdebat.


Menteri Jepun berkata, “Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai kedalaman 7 meter, anda akan menjumpai banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenali teknologi robot."


Menteri AS pula berkata, “Kalau anda ke Amerika pula, anda gali tanah kami, baru saja sampai kedalaman 3 meter, anda akan menemui jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear."


Menteri Malaysia dengan tenang sambil tersenyum berkata, “Oleh kerana tuan-tuan sedang berada di Malaysia, saya mempersilakan tuan-tuan untuk menggali tanah di sini biar tuan-tuan tahu ada apa di bawah tanah kami."


(Dipanggillah 2 orang tukang gali untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, kedua-dua tukang gali itu pun naik ke atas)


Menteri Malaysia bertanya, “Apa yang korang dah jumpa?

Jawab tukang gali, “Tidak ada apa-apa yang ada di dalam tanah tuan.”

Menteri Malaysia, bertanya lagi, “Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana?”

Tukang gali menjawab dengan jujur, “Takde Dato”...


Menteri Malaysia (sambil ‘menjeling kerek’ ke Menteri Jepun dan Amerika) berkata dengan bangga, “Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenali teknologi WIRELESS! Power tak Malaysia???"


Jawab kedua Menteri Jepun dan Amerika, “Powwwerrrr!!!”

End.


MUAHAHAHAHAHA ;)) ;)) ;))



No comments: