Kesetiaan Cinta

|


Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting. 

Kenapa ia sangat penting?
Ia sangat penting kerana kita telah mengambil kepercayaan dan amanah yang diberikan daripada pasangan kita untuk menjadikan dirinya adalah nombor satu dihati kita.
Kesetiaan, tidak selalu dimiliki setiap orang. 
Tidak mudah dan mungkin terlalu banyak godaan untuk menjaga kesetiaan dengan pasangan. 
Terlalu banyak persepsi dalam menilaikan erti kesetiaan itu sebenarnya.
Banyak yang mengatakan sudah terlalu setia namun pada akhirnya kesetiaan itu berakhir dengan ketidaksetiaan.

Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu tepati dan jangan mengatakan cinta kalau kita tidak dapat memberikannya sepenuh hati kita.

Berbagai cara ditunjukkan untuk memperlihatkan kesetiaan itu, namun apakah ianya lahir dari lubuk hati sebenarnya?
Adakah ianya adalah benar-benar ikhlas dan tulus?
Memang mudah untuk menunjukkan rasa kesetiaan tetapi terlalu sukar untuk menzahirkannya secara keikhlasan. 
Tiada berlakunya kecurangan jika kesetiaan itu benar-benar dihayati dan dipraktikkan sepenuhnya. 
Dalam kesetiaan itu pastinya berlaku kecurangan yang akhirnya ditafsirkan sebagai tidak boleh dipercayai lagi. 
Dalam kehidupan yang berpasangan terutama dalam masa bercinta, kesetiaan adalah amat penting bagi semua pasangan.
Dengan kesetiaan itu saja akan dapat menzahirkan rasa cinta yang sebenarnya. 
Bagi yang tidak ada rasa setia, mereka tidak akan pernah merasakan rasa cinta yang sebenarnya kerana tiada ada rasa kesetiaan itu sepenuhnya dan akhirnya pergolakan berlaku yang akhirnya merobohkan segala impian.
Milikilah harapan dan mimpi-mimpi Anda dan berusahalah untuk mewujudkannya dan mencapainya.
Dengan demikian, Anda akan tetap setia kepada cinta Anda, kerana harapan dan impian Anda-lah yang mendorongnya.

Tanpa setia dalam cinta, Anda tidak akan ghairah dalam mewujudkan harapan-harapan Anda, terutama harapan agar hidup bahagia dengan pasangan Anda.

Padukan perkataan dengan sikap yang menunjukkan bahwa Anda tetap setia kepada cinta pasangan Anda. 
Semua itu membuktikan dalam hubungan terdapatnya kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain.
Oleh demikian, Anda berdua akan sama-sama menikmati indahnya kesetiaan tanpa perlu khuatir dengan adanya perbohongan.

Cinta adalah indah.
Aku akan jadikan cinta ini sebagai cinta yang teragung.
Pengalaman lalu menjadi iktibar untuk aku menempuh rintangan yang mendatang.
Kini aku dah bersedia untuk memberikan yang terbaik untukmu insan yang bergelar kekasih hati.  




2 comments:

Arebelz Syuhada said...

setuju sgt3 ! hee , so setialah dlm prhubungan.. :)

Azrie Eir said...

betul betul betul. :))