Lima Cara Untuk Test Buah Hati Kita Sayang Atau Tidak.

|
Sudah pasti ramai di kalangan korang tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan 'si dia' (buah hati korang la) terhadap diri korang. Ada 5 cara di bawah boleh membantu korang untuk menge’test’kan adakah  'si dia' tuu benar-benar menyayangi korang atau tidak.

Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh juga digunakan sebagai ujian ringan. :)

1. Firstly, Korang Lihat Tingkah Laku 'Si Dia'.

Banyak perkara yang boleh korang perhatikan pada 'si dia' untuk mengetahui perasaannya kepada korang. Antaranya, adakah 'si dia' berubah tingkahlaku secara tiba-tiba ketika berada di samping korang? Contohnya, kalau seperti biasa 'si dia' buat muka cool, tapi apabila dekat dengan korang, 'si dia' buat muka yang lebih friendly dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan korang dia memakai pakaian bergaya dan wangian yang menusuk kalbu.
Adakah ini bermakna 'si dia' menagih perhatian korang? Ketahuilah bahawa bukan senang especially lelaki nak buat benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaannya kepada diri korang. Untunglahhh~

2. 'Si Dia' Asyik Curi Pandang Korang.

Pernahkah ketika korang sedang khusyuk melakukan sesuatu kerja, tiba-tiba jauh di sudut mata anda perasaan 'si dia' tengah sibuk memerhatikan diri korang? Kemudian ketika korang menoleh, 'si dia' pula pura-pura menoleh ke arah lain. 'Si dia' nak cover la tuu kan. Hehehe. Ini bermakna 'si dia' menyukai korang dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa 'si dia' telah jatuh hati kat korang. Untunglahhh~

3. 'Si Dia' Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika korang dilanda masalah dan memerlukan pertolongan, 'si dia' sanggup datang untuk membantu. Contoh, tayar kereta korang pancit, tidak sampai 10 minit dia tiba untuk membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah). Orang yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada insan tersayang hanya ada satu sebab sahaja iaitu CINTA. Untunglahhh~

4. 'Si Dia' Cuba Mengenali Dengan Orang Yang Paling Rapat Dengan Korang.

"Si dia' tahu bahawa keluarga dan rakan-rakan di sekeliling korang adalah orang yang paling penting dalam hidup korang. 'Si dia' cuba mengenali tentang orang yang penting dalam hidup korang. Ini bermakna, 'si dia' sangat mengambil berat tentang kehidupan diri korang. Orang yang tidak kisah atau tidak peduli untuk mengenali dengan orang-orang penting dalam hidup korang adalah orang yang berdusta dan bersandiwara mencintai korang. Untunglahhh~

5. 'Si Dia' Jujur Kepada Anda.

'Si dia' yang benar-benar mencintai korang akan jujur dan ikhlas berkongsi apa sahaja yang tersirat di hatinya kepada korang. Tak kira masalah peribadi atau kerja, 'si dia' akan bercerita dan berkongsi kepada korang seperti teman baiknya. Malah, 'si dia' telah menganggap  Orang yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata. Untunglahhh~

~Sharing is Caring~




No comments: