MAHA 2010 : Penat + Seronok

|
MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2010
Serdang, Selangor Darul Ehsan
26 November - 5 December 2010

Hari ini pada jam 2.30 petang, aku bersama dengan makcik dan pakcik aku telah pergi ke MAHA 2010 yang bertempat di Serdang, Selangor. Makcik dan pakcik aku plan nak beli pokok bunga, makanan dan macam-macam lagi. Aku pulak nak beli makanan banyak-banyak.. hehehe. Dalam kepala otak aku nak beli coklat, kopi, air buah like jambu, susu dan macam-macam lagi. Kalau boleh nak borong semua makanan kat situ.. hahahaha :D


Lebih kurang 15-20 minit dari rumah nenek, kita pun sampai tempat yang dituju. Tapi paling tak best sekali, dah sampai sana nak masuk tempat park kereta, jalan sesak! jem jem jem! Hadoiii.. Panjangnya kereta yang beratur nak masuk parking sampai 10km. Pergghhh.. Siapa yang bawa kereta manual, memang sakitlah. Rasa nak tercabut lutut kaki asyik nak tekan padel clutch dengan break sahaja. Nasib baik kereta aku jenis auto. Relax sahaja. Siap boleh senyum lagi walaupun hati rasa bengang sebab duduk dalam kereta untuk menempuh jem makan masa selama setengah jam.. huhuhu.


Kira-kira nak dekat 30 minit, barulah nak masuk pintu utama MAHA 2010. Hadoii.. 

Selepas dapat park kereta, aku, makcik dan pakcik aku memulakan langkah untuk ber'shopping'.. hehehe
Aku menghabiskan masa lebih kurang 3 jam untuk round semua tempat kat situ. Macam-macam produk yang mereka pamer dan jual. Antaranya dari produk pertanian like sayuran, pokok-pokok buah, alatan jentera, mesin-mesin untuk buat biskut, pakaian sehinggalah ke produk makanan. Semuanya ditawarkan dengan harga yang murah. So, tempat yang menjadi favourite aku iaitu section makanan. Perghh, memang banyak produk makanan yang dijual. Pelbagai jenis makanan yang ada. Ada yang jenis pelik-pelik pun ada. Yang tak pernah makan dan tak pernah tengok pun ada. Yang paling best kat situ, peniaga ada menyediakan sampel makanan untuk dirasa. So, aku memang tak lepaskan peluang untuk mencuba semua makanan yang diorang promote. Asal diorang tayang makanan kat depan aku, sepantas kilat aku sambar! Fuhh.. kenyang beb! Hahaha. Aku beli makanan yang aku dah plan sebelum pergi tadi. Tangan aku penuh dengan bungkusan makanan SAHAJA! Hehehe :)
Tapi makanan yang aku beli yang paling best aku rasa ialah Laksa Utara Segera Cup dan Susu Kambing :)

 Laksa Utara Segera , rindulah pada laksa Perlis :(

Susu Kambing, bekkk bekkk :)

Anyway, walaupun penat berjalan, tapi aku dengan makcik dan pakcik aku tetap happy sebab kita dapat shopping barang-barang yang diingini.. BEST woo!! :)


2 comments:

zackashi said...

:D
perhh..
makan!makan!makan

Rie said...

biasalah..
hidup untuk makan!
makan untuk hidup!
hahaha
:)