Car Polish

|
Jam 3.00 petang, aku meneruskan niat untuk membawa kereta kesayangan aku ke Car Wash, Polish and Wax di Giant Bandar Kinrara.
Selepas sampai ke tempat tersebut, aku terus menanyakan kepada pekerja di situ mengenai polish kereta dan chemical yang digunakan termasuk harga yang dikenakan kepada kereta aku.
"U bawa kereta jenis apa?"
"I bawa kereta Proton Persona."
"Okay. Kasi i tengok itu kereta."
Selepas pekerja tersebut belek kereta aku..
"Okay. I kasi polish 2 layers sama kereta u. Kasi tunggu 3 jam. Boleh?"
"3 jam??"
"Lamanya"
"Yalaa.. kasi bikin betul-betul maaa.. kasi u puas hati maaa.."
"Hmm.. Okay. Boleh!"
"Berapa u charge?"
"RM180 kasi polish 2 layers. Kalu u mau kasi kilat u punya interior, tambah RM20 sahaja maa.. Boleh?"
"So total RM200 sahaja maa.."
"RM200??"
Terkejut aku ketika dapat tahu harga untuk polish kereta aku.
Tanpa fikir panjang dan demi kereta kesayangan aku ini, aku bersetuju dengan harga RM200 tersebut.
"Okay. Boleh. Berapa lama u boleh siapkan kereta i?"
"3 jam!"
So..
Selama 3 jam lebih aku menunggu untuk kereta aku..
Di bawah ini, gambar-gambar yang sempat aku snap untuk tatapan semua.. hehe :)



Polish elok-elok..

Polish kasi kilat.. Tak kilat, siap! RM200 tu aku melabur.. hehe :)

Mat bangla ini dengan tekun polish kereta aku..

Gosok jangan tak gosok..

Kilat tak?

Kesan calar dah hilang. Hoorayy!! :)

Selepas 3 jam, inilah hasilnya. Aku bagi 4/5 star untuk servis yang diorang bagi. :)







3 comments:

Anonymous said...

haha...
ade gmba abg tuh?
hehe
kahcak :P

waida said...

Bole saya tanya kalau kereta kan kena mcm cat kereta lain ..contoh mcm kita bukak pintu kete trkena kete sebelah so mcm tkdela nk kata calar tapi mcm ada cat lain kt kete tu ..so kalau polish cat tu hilang balik tk?

Unknown said...

Gune thinner, kalau boleh hilang